Sunday, 26 March 2017

Presiden PAS Umpamakan BN Dan PH Sebagai Biawak Hidup

Presiden PAS Umpamakan BN Dan PH Sebagai Biawak Hidup. Di sebalik pelbagai spekulasi mengenai hala tuju PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan, pihaknya tidak akan bersama Pakatan Harapan mahupun menyertai Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi gambaran ia akan mengambil pendekatan sendiri menghadapi pilihan raya umum.

Hadi memberi analogi “menyertai BN laksana memikul biawak hidup” manakala “bahkan menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah.”

Presiden PAS Umpamakan BN Dan PH Sebagai Biawak Hidup. Pendirian Hadi ini dikeluarkan sebagai menjawab pertanyaan ramai pihak mengenai sikap PAS sama ada akan memilih bersama BN atau Pakatan Harapan dalam menghadapi pilihan raya umum kali ini, khususnya menjelang muktamar parti bulan depan.

Dalam 2 pilihan raya umum lalu ia berganding dengan PKR dan DAP.

Najib, pengerusi BN dan presiden Umno ketika berada di Kelantan awal bulan ini melahirkan harapan agar kerjasama bersama PAS akan berkekalan.

Presiden PAS Umpamakan BN Dan PH Sebagai Biawak Hidup

Dua anggota Pakatan Harapan iaitu PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berusaha untuk menjalin kerjasama politik dengan PAS. 

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PAS mengambil pendirian dan pandangan berbeza dalam soal menjalin kerjasama politik.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia diterima sebagai anggota keempat Pakatan Harapan awal minggu ini, sekali gus PAS dilihat telah memutuskan hubungan dengan parti itu.

Hari ini Hadi menjelaskan, PAS tidak bersama Pakatan Harapan, yang kini dianggotai 4 parti, kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya.

“Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi atau oppurtunis.”

“PAS tidak boleh menyertai BN kerana pernah menyertainya dan terkini memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakitnya, serta masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat PAS.

“Menyertai BN laksana memikul biawak hidup. Walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN telah keluar dan menyertai PH. 

Bahkan menyertai PH biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan media bertajuk “PAS di antara PH dan BN”, dikeluarkan di laman rasmi PAS hari ini.

Presiden PAS Umpamakan BN Dan PH Sebagai Biawak Hidup


Pada masa yang sama, beliau yang dilabel oleh banyak pihak sebagai lebih mesra dengan Umno kebelakangan ini, turut menyatakan yang PAS juga tidak keliru dalam menentukan sikapnya.

“Banyak kalangan yang bertanya sikap PAS di antara memilih bersama Pakatan Harapan atau BN? Hanya pihak lain sahaja berdilema berkenaan PAS, menandakan PAS diminati semua.

“Adapun PAS, sedikitpun tidak menjadi keliru bagi menentukan sikapnya.”

Presiden PAS Umpamakan BN Dan PH Sebagai Biawak Hidup. Tegas Hadi, parti itu turut memperkenalkan konsep politik matang dan sejahtera berteraskan wajib berkepimpinan Islam yang adil terhadap semua anggota masyarakat majmuk. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





3 comments:

  1. kutuk...kutuk...kutuk...pastu pujuk
    ancam...ancam...ancam...pastu pujuk
    hina...hina...hina....pastu pujuk
    maki...maki...maki....pastu pujuk

    ReplyDelete
  2. Kpd tn hj hadi.
    Saya nasihatkan jgn ego dan bongkak sangat. Allah tak suka org yg ego dan bongkak.

    ReplyDelete
  3. Seorang yang mengaku ulama tapi cakap tak serupa yang sepatutnya ditonjolkan oleh seorang ulama jadi pada pandangan zahir dari kalangan orang awam adalah ulamak yang menyemak atau ular dalam semak amat merbahaya hanya tunggu mangsa macam ular sawa bila kenyang tidur lena bila lapar mula merayap cari mangsa itulah Hadi Awang.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...