Friday, 10 March 2017

Perlis Benarkan Hasil Zakat Diedarkan Kepada Bukan Islam

Perlis Benarkan Hasil Zakat Diedarkan Kepada Bukan Islam. Perlis mengambil ketetapan membenarkan hasil pungutan zakat diedarkan kepada bukan Islam, negeri pertama yang mengambil pendirian sedemikian.

Ia diumumkan Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin, susulan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 3 Feb lalu.

Mesyuarat itu antara lain berpandangan bukan Islam tergolong sebagai salah satu daripada 8 asnaf (golongan layak menerima zakat).

Perlis Benarkan Hasil Zakat Diedarkan Kepada Bukan Islam. Menurutnya, bukan Muslim boleh dikategorikan sebagai “muallafah qulubuhum” atau golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam.

“Ini seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada golongan yang bukan Muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar-pembesar kaum seperti yang tercatat di dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih,” menurut kenyataan Jabatan Mufti Negeri Perlis yang dimuat naik Asri hari ini.

Perlis Benarkan Hasil Zakat Diedarkan Kepada Bukan Islam


Zakat merupakan salah satu daripada 5 Rukun Islam.

Lapan asnaf zakat ialah golongan fakir, miskin, petugas pungutan zakat, muallaf, riqab (mereka yang terbelenggu di bawah suatu kuasa), gharimin (penghutang yang tidak dapat membayar hutang), fisabilillah (mereka yang berjuang menegakkan agama Allah), dan Ibnus Sabil (mereka yang terputus bekalan dalam pengembaraan). - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...