Monday, 13 March 2017

Pejabat MB Kedah Keluar Senarai Calon PRU14?

Pejabat MB Kedah Keluar Senarai Calon PRU14? Pejabat Menteri Besar Kedah hari ini menafikan ada mengeluarkan senarai calon untuk PRU akan datang seperti yang tular melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata sebagai sebuah parti yang mempunyai sistem dan tatacara dalam menentukan apa jua keputusan, penghantaran sebarang senarai atau keputusan penting, tentunya tidak akan menggunakan aplikasi itu.

"Bagi saya ia adalah tindakan tidak matang pihak-pihak tertentu yang sekadar mahu mencipta sensasi dan mewujudkan kekalutan dalam suasana politik negeri," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Pejabat MB Kedah Keluar Senarai Calon PRU14?


Mesej yang tular itu menyenaraikan kononnya calon awal BN Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dun untuk PRU14. - bernama



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...