Monday, 20 March 2017

Patutlah Haji Hadi Sasar 5 Negeri Sahaja Pada PRU14 Nanti

Patutlah Haji Hadi Sasar 5 Negeri Sahaja Pada PRU14 Nanti. Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin Shah tidak terkejut dengan sasaran Datuk Seri Abdul Hadi Awang menawan 5 negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya kepada FMT, hasrat Presiden PAS itu pernah didengar selepas PRU13 tetapi ketika itu hanya mensasarkan 4 negeri.

“Kenyataan itu telah dibuat hanya beberapa minggu selepas PRU13. Saya mendengar dengan telinga saya sendiri. Dari 4 buah negeri dan sekarang jadi 5 negeri,” katanya yang pernah menjadi ahli PAS sebelum menyertai Amanah.

Patutlah Haji Hadi Sasar 5 Negeri Sahaja Pada PRU14 Nanti.  “Jadi saya tidak hairan mendengar bahawa sasaran PAS itu,” katanya ketika ditemui selepas Konvensyen Warga Felda di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz.

Menurut Raja Bahrin, 4 negeri yang jadi sasaran Hadi selepas PRU13 itu ialah Kelantan, Terengganu, Perlis, dan Kedah.

Raja Bahrin menambah beliau tidak yakin jika Hadi menafikan hasrat PAS untuk tawan 5 negeri pada PRU akan datang.

Semalam, Hadi menyangkal berita yang tular di media sosial melaporkan beliau mahu PAS menguasai negeri tertentu pada PRU-14 dan selebihnya diberikan kepada Umno.

Patutlah Haji Hadi Sasar 5 Negeri Sahaja Pada PRU14 Nanti


Beliau berkata PAS ketika ini menyasarkan 40 kerusi Parlimen.

Raja Bahrin menambah jika video yang sedang tular di media sosial itu tepat, maka ia membuktikan wujudnya hubungan politik antara PAS dan Umno.

“Dia (Hadi) seharusnya jujur dan jadi penyokong PAS tidak akan keliru.

“Adakah PAS dan Umno akan bekerjasama atau mereka hanya menjadi rakan? Namun Umno, nampaknya mencuba jadi lebik Islam manakala PAS pula mahu menjadi lebih Melayu,” katanya.

PAS nampak lebih mesra terhadap Umno di bawah pimpinan Hadi dan Mursyidul Am Datuk Haron Din yang meninggal dunia September lepas, selepas penyingkiran pimpinan progresif dalam pemilihan parti 2015.

Bulan lepas, PAS menyertai Umno melancarkan flotila bantuan kemanusiaan untuk etnik Rohingya di Myanmar. Mereka juga nampak bekerjasama mengusahakan cadangan Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Patutlah Haji Hadi Sasar 5 Negeri Sahaja Pada PRU14 Nanti


Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ditanya tidak pasti sama ada Hadi membuat kenyataan seperti itu.

Saifuddin berkata jika betul Hadi mengatakan demikian, beliau perlu berterima kasih kepada Hadi kerana menjelaskan bagaimana kedudukan PAS pada pilihan raya umum nanti. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...