Thursday, 16 March 2017

Patutlah Anuar Musa Direhatkan.. Ini Sebab Sebenar

Patutlah Anuar Musa Direhatkan.. Ini Sebab Sebenar. Tan Sri Annuar Musa hari ini menjelaskan beberapa pertikaian dalam Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyebabkan beliau digantung daripada tugasnya sebagai pengerusi badan itu.

Kata anggota parlimen Ketereh itu, faktor itu - bersama pendiriannya mengenai penerimaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) menjadi punca beliau direhatkan.

Patutlah Anuar Musa Direhatkan.. Ini Sebab Sebenar. Menjelaskan laporan akhbar berbahasa Cina, Sinchew Daily, yang melaporkan berita Annuar, ketua penerangan Umno itu menyatakan, beliau memang ada menceritakan mengenai pertikaian beliau dengan ahli Majlis MARA sebelum ini.

Katanya, insiden itu berlaku sebelum ahli Majlis MARA bermesyuarat dan mengambil keputusan menggantung jawatannya atas sebab mahu memberi ruang kepada siasatan dalaman berhubung isu tajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan.

Antara yang dipertikaikan, kata Annuar, ialah isu UEC.

“Ada pertikaian tentang tajaan, ada pertikaian tentang UEC, tapi saya direhatkan bagi penyiasatan hal berkaitan dengan bola sepak,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Sinchew Daily sebelum ini melaporkan Annuar digantung sebagai pengerusi MARA kerana menyokong UEC.


Patutlah Anuar Musa Direhatkan.. Ini Sebab Sebenar


Namun hari ini Annuar berkata, akhbar itu telah tersalah tafsir kenyataan yang dibuatnya.

“Kapsyen (pada laporan Sinchew Daily) itu seolah-olah, sebab utama saya digantung kononnya kerana pendirian saya tentang UEC, tapi itu bukan perkara sebenar yang saya cakap,” katanya.

Terima pendapat berbeza

Sementara itu Annuar hari ini dengan tegas mengulangi pendiriannya menyokong UEC kerana berpegang kepada perlembagaan yang menjamin hak seluruh rakyat termasuk bangsa Cina.

“Dalam soal UEC, pendirian saya jelas. Saya berpegang dengan perlembagaan, saya juga percaya semua rakyat dalam negara ini - apa lagi kaum Cina - adalah rakyat yang dijamin haknya oleh perlembagaan.

“Saya tidak nampak mengiktiraf UEC ini macam rosak satu Malaysia, malah kita rugi kalau kita membiar pelajar-pelajar kita pergi ke tempat lain,” katanya.

Annuar turut kesal dengan sikap beberapa pihak yang dilihat emosi dan sensitif apabila "baru" sahaja mendengar mengenai UEC, malah katanya, beliau turut menerima surat bantahan kerana menyokong perkara itu.

“Kita rakyat Malaysia tak boleh begitu. Kalau pendirian saya secara peribadi tidak melambangkan pendirian Umno buat masa ini.

Patutlah Anuar Musa Direhatkan.. Ini Sebab Sebenar


"Tetapi Umno mesti bersedia menerima kepelbagaian pendapat sebab bagi saya negara ini mesti dipimpin oleh pemimpin yang menghormati semua kaum.

“Dalam negara ini tiada tempat berfikir untuk satu kaum. Itu asas kita mencapai kemerdekaan. Saya bayangkan satu hari rakyat Malaysia fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin,” katanya.

UEC adalah sijil peperiksaan yang dikendalikan badan persendirian menerusi Gabungan Kesatuan Pengelola Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Kesatuan Guru Sekolah Cina dan Kesatuan Alumni Cina.

Kementerian pengajian tinggi sebelum ini memaklumkan pengiktirafan sijil itu hanya terpakai sebagai syarat kemasukan ke universiti swasta kerana kurikulumnya tidak memenuhi keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Patutlah Anuar Musa Direhatkan.. Ini Sebab Sebenar. Dalam temu bual itu Annuar menegaskan, sekolah aliran Cina bukannya menyalahi perlembagaan tetapi ia kekangan utama Putrajaya kepada sijil itu ialah silibus UEC untuk Melayu dan subjek Sejarah. - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...