Saturday, 25 March 2017

PAS Warning Azmin Ali

PAS Warning Azmin Ali. Timbalan presiden PKR diingatkan supaya jangan terlalu selesa selepas menyerang PAS kerana mereka yang membantu dan membenarkan beliau dan partinya memerintah Selangor.

Menyifatkan Datuk Mohamed Azmin Ali umpama “kacang lupakan kulit”, Ketua wanita PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan mengingatkan beliau supaya jangan mencabar kesabaran parti Islam.

PAS Warning Azmin Ali. “Azmin sepatutnya sedar dia pegang kerusi menteri besar atas cadangan PAS. Kalau nak harap parti dia sendiri, namanya langsung tiada dalam senarai,” kata Hasrina dalam kenyataan hari ini.

PKR memimpin kerajaan Selangor, yang disertai PAS, DAP dan Amanah, hasil daripada persetujuan dalam kalangan pembangkang sejak pilihan raya umum ke-12.

Hasrina berkata demikian selepas menteri besar Selangor itu menyindir rancangan PAS untuk menawan Selangor dari partinya.

PAS Warning Azmin Ali


Baru-baru ini, menjelang PRU-14, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengesahkan rancangan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menawan Selangor.

“Muslimat Selangor akan akur sekiranya parti memutuskan hubungan dengan PKR dan tiada sebarang kerjasama lagi menghadapi PRU-14 akan datang,” kata Hasrina.

“Orang yang lupa daratan tidak boleh dijadikan kawan.”

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki dilaporkan berkata PAS mempertimbangkan untuk “mengambil semula” kerusi yang “dipinjamkan kepada PKR” di Selangor, termasuk kerusi Parlimen Azmin, Gombak.

PAS Warning Azmin Ali


“Sekiranya PAS pusat menetapkan keputusan untuk putus hubungan dengan PKR pada muktamar yang dijadualkan penghujung April nanti, kita mungkin mengambil balik kerusi di Selangor termasuk kerusi PKR,” katanya kepada Utusan.

PAS Warning Azmin Ali. “Bukan saja di Selangor, malah kerusi di seluruh negara kita ambil balik.” - fmt

Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Tinggalkan sahaja Parti Pas. Pakatan Harapan teruskan agenda untuk menumbangkan BN. PAS telah menghianati kepercayaan pengundi yang mana pengundi mengharapkan PAS untuk mengambil alih pemerintahan dan pentadbiran dari tangan BN, DAN bukan untuk bergabung dengan BN atau hanya untuk jadi Penasihat. Minta Maaf Pas dan selamat tinggal.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...