Saturday, 11 March 2017

PAS Sudah Mahu Berunding Dakwa MP PAS

PAS Sudah Mahu Berunding Dakwa MP PAS. Ahli parlimen Pas bersyukur dengan sikap parti itu yang semakin kendur dalam perundingan mereka dengan parti-parti pembangkang di negara ini.

Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataannya kepada Malaysia Dateline berkata, kesediaan Pas untuk berunding bagi pembahagian kerusi dengan Bersatu lambang sikap itu.

"Saya bersyukur kerana Pas sudah kendur dalam sikap keras tidak mahu berunding dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah serta keras tidak mahu berunding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

PAS Sudah Mahu Berunding Dakwa MP PAS.  "Kesediaan Pas berunding dengan Bersatu bermakna Pas kini sedia berunding dengan parti pimpinan Tun dan parti yang menjalinkan hubungan rasmi dengan DAP dan Amanah," kata Mahfuz, ahli parlimen Pokok Sena itu. Bagi Mahfuz, sikap Pas ini adalah menunjukkan satu sikap politik matang.

"Bagi saya, ini adalah anak tangga untuk Pas kembali kepada Pakatan Harapan bersama Bersatu, PKR, Amanah dan DAP," kata bekas naib presiden Pas itu.

Sebelum ini, pemimpin Pas menegaskan, partinya tidak akan berunding dengan mana-mana pihak yang mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah.

Pemimpinnya juga berkata, Pas sekali-kali tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menyedari bekas Perdana Menteri itu tidak akan pernah berubah sikap.


PAS Sudah Mahu Berunding Dakwa MP PAS


Namun pada 8 Mac lalu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas kini bersedia berunding dengan partinya berhubung pembahagian kerusi bagi pilihan raya umum akan datang

"Jika sebelum ini tiada sebarang hubungan bersama-sama Pas namun, kini mereka (Pas) telah menjemput kami untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Bersatu di Kuala Lumpur 8 Mac lalu, lapor Bernama.

Namun, Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob menafikan dakwaan parti itu bersetuju berunding mengagih kerusi pilihan raya umum dengan Bersatu.

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat atau arahan pun mengenai perkara itu.Dalam masa yang sama beliau menegaskan keputusan untuk mengagih kerusi adalah hak mutlak Pesuruhjaya Pas negeri.

PAS Sudah Mahu Berunding Dakwa MP PAS


“Tidak ada, setakat ini kita tidak ada maklumat bahawa Pas ajak PPBM untuk pengagihan kerusi.“Kita cuma diberi laluan untuk bersama atas pentas menyatakan perjuangan masing-masing,” katanya.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad tidak tahu menahu dakwaan Bersatu itu kerana belum ada tarikh ditetapkan. “Belum ada tarikh ditetapkan, untuk tarikh itu kita tidak tahu," katanya. - md



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...