Friday, 10 March 2017

PAS Rasa Tersisih Dalam Misi Food Flotilla For Myanmar

PAS Rasa Tersisih Dalam Misi Food Flotilla For Myanmar. PAS yang menyertai flotilla membantu penduduk Rohingya di Myanmar membidas laporan media yang menurutnya memperkecilkan penglibatan PAS sebaliknya hanya cuba menonjolkan sebuah pertubuhan berkait Umno dalam misi bantuan itu.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Muhammad Sanusi Md Nor mempertikaikan laporan sebuah akhbar tempatan yang menurutnya tidak menunjukkan situasi sebenar, tetapi hanya menampilkan peranan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) “seolah-olah tiada apa-apa selain usaha berterusan pihak KP1M”.

PAS Rasa Tersisih Dalam Misi Food Flotilla For Myanmar. “Saya rasa ini adalah kerja pemberitaan yang memalukan KP1M, lebih memalukan lagi jika KP1M sendiri yang meminta demikian,” kata Sanusi merujuk laporan Harian Metro pada Isnin berkenaan sebuah program kem pelarian di Sittwe, ibu negeri wilayah Rakhine (Arakan) di Myanmar.

Sanusi berkata dengan merujuk sukarelawan PAS sekadar “turut serta” dalam program itu dan “tidak sepatah pun menyebut PAS dan aktiviti PAS”, ia seolah-olah menunjukkan program itu disusun KP1M.

“Kenapa mereka mengatakan ekor itu adalah kepala? Kenapa perlu dihilangkan PAS dalam pemberitaan dalam situasi sebenar yang sama-sama diketahui?

“Kenapa perlu ada sikap tidak jujur seperti itu dalam misi kemanusiaan atau sebetulnya mereka sudah diresapi sifat ganas ‘Myanmarism’,” soalnya.

PAS Rasa Tersisih Dalam Misi Food Flotilla For Myanmar


Misi “Food Flotilla For Myanmar” yang membawa sebanyak 2,200 tan makanan dan perubatan berlepas dari Malaysia pada 4 Feb lalu, dalam upacara dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan yang turut dihadiri pemimpin kanan PAS.

Selain KP1M dan PAS, ia juga disertai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melibatkan lebih 200 sukarelawan, menyahut seruan membantu penduduk Islam Rohingya yang diusir penduduk setempat.

Maggi dalam hotel

Sanusi berkata PAS memainkan peranan penting dalam misi itu, malah menceritakan insiden pada Isnin ketika ahli parti itu menyelamatkan sukarelawan KP1M yang gagal meneruskan perjalanan ke Maundaw, sebuah daerah di Sittwe.

“Mereka hanya makan maggi kerana tiada restoran makanan halal di Sittwe,” kata Sanusi.

PAS Rasa Tersisih Dalam Misi Food Flotilla For Myanmar


Katanya, sukarelawan PAS kemudian mempelawa KP1M “melihat sendiri program-program yang telah kami aturkan”.

“Setidak-tidaknya mereka akan dapat menjamah nasi yang telah kami pesan di sana nanti. Itulah cerita sebenar,” tambahnya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




7 comments:

  1. Takpa, hang terima putaq belit depa tu. Kang hang dah tau perangai mereka, bukan se tahun dua, tp dah berpuluh tahun
    Saja mr presideng hang je gatai bontot nk berkawan dengan depa!!

    ReplyDelete
  2. kita kerja perlu redha
    Allah swt. lobai hadi ajar kena kencing pun tak da hal

    ReplyDelete
  3. benda yg baik tak perlu diungkit2 nti jadi kecoh oleh sebab penulisan anda.. itu kah yg anda mahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..betul..betul..buat kerja kena ikhlas bkn krn nk masuk berita nk tunjuk kat org yg Pas ni suka bantu membantu. Blh jadi riak tu.

      Delete
  4. Kata taknak Putrajaya nak "REDA" Allah semata-mata.

    Bagaimana Allah nak reda jika sesuatu kebaikan minta disebut-sebut. Haprak punya bicara.. Syarah ugama bukan main.. Apabila dipraktik dalam kehidupan bertentangan.

    Balik semulalah ke dalam kuali UMNO sama macam dulu-dulu. Habis pengikut yang tak gunakan nikmat berkepala dan berotak kena lebung..

    Iman, Ilmu dan Amal biar selari dan padan. Semakin diperbanyakkan semakin meninggikan pribadi dan kredibiliti.

    ReplyDelete
  5. Sudah diberitahu bahawa Umno itu Syaitan Yang Dikenali.... yang kau alim ulama nak berkawan dengan syaitan tu kenapa? Maka rasakan akibatnya mendengar hasutan syaitan yang dikenali yang wajar direjam. Rejam sekali pak lebai2 tu.

    ReplyDelete
  6. Kau dh tahu perangai UMNO mcm tu lagi kau nk berkawan. Sekarang rasakan bagaimana kena tikam dari belakang.....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...