Friday, 10 March 2017

PAS Dakwa Tiada Rundingan Kerusi Dengan BERSATU

PAS Dakwa Tiada Rundingan Kerusi Dengan BERSATU. Pas menafikan bersedia berunding dengan Bersatu berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini  parti itu tidak mempunyai maklumat berkaitan perkara yang diperkatakan.

“Setakat ini tiada maklumat bahawa Pas mengajak Bersatu agihkan kerusi, cuma diberi laluan untuk bersama atas satu pentas bagi menyatakan perjuangan masing-masing.

PAS Dakwa Tiada Rundingan Kerusi Dengan BERSATU. “Kita nyatakan dasar perjuangan Pas dan sedia bersama sesiapa sahaja apabila tidak menyentuh dasar dan perjuangan kita,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pemukiman Menteri Besar bersama pimpinan kerajaan negeri besama rakyat di Parlimen Ketereh.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya  ada kepeluan pembahagian kerusi itu berlaku,  keputusan muktamad akan ditetapkan oleh Persuruhjaya Pas negeri masing-masing.

PAS Dakwa Tiada Rundingan Kerusi Dengan BERSATU


Terdahulu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Pas kini bersedia dengan parti itu berhubung pembahagian kerusi bagi PRU14.

PAS Dakwa Tiada Rundingan Kerusi Dengan BERSATU. Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung jemputan itu sebaliknya berkata Bersatu akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU14 itu nanti. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...