Wednesday, 22 March 2017

P. Ramlee Di Beri Penghormatan Oleh Google

P. Ramlee Di Beri Penghormatan Oleh Google. Google memberi penghormatan kepada Tan Sri P Ramlee menerusi Doodle enjin carian Internet itu hari ini, sempena sambutan hari ulang tahun pelakon legenda Malaysia itu.

P Ramlee lahir di Setapak, Kuala Lumpur pada 22 Mac 1929 dan hari ini ialah hari ulang tahunnya yang ke-88, jika beliau masih hidup.

P. Ramlee Di Beri Penghormatan Oleh Google. Malangnya, P Ramlee yang diangkat sebagai penghibur hebat tanah air, meninggal dunia pada usia 44 tahun pada 29 Mei 1973. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru.

Pencapaian seni P Ramlee meninggalkan kesan mendalam terhadap sejarah budaya Malaysia.

Beliau seorang pelakon prolifik, penulis, penyanyi, pemuzik dan komposer yang menyumbangkan lebih 60 filem serta menghasilkan kira-kira 250 lagu sepanjang kariernya.

P. Ramlee Di Beri Penghormatan Oleh Google


Selepas kematiannya, rakyat Malaysia masih terus menghidupkan legasinya, menjulang bakatnya dengan pelbagai anugerah, menamakan dewan, muzium dan bangunan lain sempena namanya.

Popularitinya merentasi peminat semua bangsa dan agama, dengan kepelbagaian seni persembahannya memenangi hati penonton.

P. Ramlee Di Beri Penghormatan Oleh Google.  Filem klasiknya termasuk komedi Ali Baba Bujang Lapok dan Madu Tiga, dan drama seperti Enam Jahanam dan Anakku Sazali yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...