Wednesday, 15 March 2017

Nike Cipta Pro Hijab Khas Untuk Atlet Bertudung


Nike Cipta Pro Hijab Khas Untuk Atlet Bertudung. Untuk kali pertama, Nike kini menawarkan produk yang dianggap sesuai dipakai atlet Muslimah yang selama ini dihantui kekangan pakaian patuh syariah.

Tudung khusus untuk atlet Muslimah itu akan dilancarkan pada awal tahun depan, sekali gus menjadikan Nike sebagai pengeluar pertama yang menawarkan tudung kepada ahli sukan, kata syarikat itu dalam kenyataan rasminya.

Berfungsi sebagai penutup aurat wanita di bahagian kepala, tudung tersebut akan dipasarkan dengan jenama ‘Nike Pro Hijab‘ dengan reka bentuk membolehkan penggunanya mengekalkan prestasi di atas gelanggang.


Nike Cipta Pro Hijab Khas Untuk Atlet Bertudung


Produk itu dihasilkan menggunakan bahan poliester yang ringan dan direka bentuk dengan lubang-lubang halus supaya tidak menyerap haba, serta cepat kering.


“Tempoh setahun diperlukan untuk mencipta produk ini dengan dorongan untuk kembali membawa misi Nike iaitu semua orang boleh menjadi atlet,” kata kenyataan tersebut.

Untuk mempromosi Nike Pro Hijab, syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu menggunakan beberapa atlet beragama Islam sebagai model. Antaranya Amna Al Haddad, Manal Rostom dan Zahra Lari.

Nike Cipta Pro Hijab Khas Untuk Atlet Bertudung


Usaha Nike itu juga bertitik tolak daripada aduan beberapa atlet wanita muslim kepada syarikat itu mengenai kesukaran mereka untuk memakai tudung sesuai ketika beraksi. - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...