Friday, 17 March 2017

Nik Abduh Saran PAS Tak Perlu Garang Menentang Umno

Nik Abduh Saran PAS Tak Perlu Garang Menentang Umno. Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui partinya tidak perlu lagi garang menentang Umno memandangkan pendekatan menasihati rejim itu telah menjadi keutamaan Pas.

"Masanya Pas bercakap kepada Umno secara berdepan, bukan lagi melaung dari jauh dan kejauhan. Jauh kita memanggil dan memekik. Dekat kita bercakap dan berbual, bukan?" katanya.

Nik Abduh Saran PAS Tak Perlu Garang Menentang Umno.  Menurutnya, menasihati Umno menjadi salah satu keutamaan Pas pada masa ini memandangkan hal tersebut adalah keaslian inti al Quran serta tugas para anbiya', pejuang dan muslihin.

"Kalau kita sayang, Allah lebih sayang. Kalau kita benci, Allah lebih benci. Jangan sesekali kita sayang ketika Allah benci atau kita benci saat Allah menyayangi.

"Pas kekal setia bersama Allah dan Rasul-Nya, mentaati dan menuruti segala isi dan panduan al Quran," jelas beliau dipetik dari artikelnya di akhbar Harakah Edisi Isnin, 13 - 16 Mac ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas dalam ruangan 'Terang Rembulan' itu turut menyifatkan bukan Pas yang akan menghukum Umno pada pilihan raya akan datang sebaliknya rakyat.

Nik Abduh Saran PAS Tak Perlu Garang Menentang Umno


"Semakin Umno memburuk aksinya memerintah negara, semakin dekat hukuman rakyat ke atasnya. Pas menasihati Umno agar berubah dan jangan berubah kecuali kepada Islam," ujarnya.

Mengulas lanjut, Nik Abduh mengibaratkan Pas memiliki ubat sehingga menyebabkan Umno yang sakit merapatinya berbanding Amanah yang dianggapnya sebagai penyakit.

"Umno datang kepada Pas kerana Umno telah lama tahu bahawa Pas ada ubat dan penawar. Umno tidak pergi kepada PAN (Amanah) dan yang lain kerana mereka tiada ubat.

"PAN itu sendiri adalah penyakit, bukan ubat. Orang sakit tak akan minta bantuan daripada orang sakit juga," selarnya lagi.

Nik Abduh kemudiannya mengongsikan artikelnya di lidah rasmi Pas itu di Facebook tetapi kemudiannya dihujani kecaman daripada pengguna media sosial tersebut.

Nik Abduh Saran PAS Tak Perlu Garang Menentang Umno


Rata-rata netizen mempersoal pendirian beliau itu yang jauh berbeza dengan pendekatan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam berdepan dengan Umno.

Terdahulu, Nik Abduh ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad pada sidang Dewan Rakyat, 9 Mac lalu turut dilihat bernada lembut dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menganggap Najib terpaksa menanggung masalah pembaziran wang negara, rasuah dan politik wang yang merupakan 'kesakitan lama' diwarisi sejak zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Nik Abduh Saran PAS Tak Perlu Garang Menentang Umno.  Nik Abduh pada Seminar Pemikiran Datuk Dr Haron Din, 25 Februari lalu juga pernah mengaku matlamat utama Pas bukan meruntuhkan Umno tetapi mengukuhkan ummah. - md




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...