Friday, 17 March 2017

Nasi Kandar Line Clear Dibuka Semula

Nasi Kandar Line Clear Dibuka Semula. Restoran Nasi Kandar Line Clear diberi lampu hijau untuk dibuka semula selepas penguatkuasa kesihatan berpuas hati dengan pembersihan restoran itu baru-baru ini.

Isnin lepas penguatkuasa kesihatan menutup restoran itu susulan pemeriksaan mengejut.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, Line Clear akan menghidangkan sirap ais percuma mulai 4.00 petang esok.

Nasi Kandar Line Clear Dibuka Semula.  Majikan Line Clear, Sahubar Ali berkata penguatkuasa kesihatan mengangkat penutupan itu pada 3.00 petang hari ini selepas pemeriksaan yang teliti.

“Syukur kepada Allah dapat buka balik,” katanya kepada pemberita di pembukaan restoran itu hari ini.

Notis jabatan kesihatan negeri ditampal pada pintu depan restoran pada Isnin menyatakan restoran diarah tutup selama 2 minggu dan perlu dibersihkan jika mahu kembali beroperasi.

Difahamkan penguatkuasa kesihatan menemui kekotoran seperti tikus mati dan hidup dan lipas dalam restoran itu, yang terletak di Jalan Penang.

Nasi Kandar Line Clear Dibuka Semula



Pesaing terdekatnya, Restoran Yasmin, juga diarah tutup selepas penguatkuasa kesihatan menemui najis tikus atas bekas minuman dalam satu pemeriksaan bersepadu oleh jabatan kesihatan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Restoran Sup Hameed yang popular dan sentiasa sesak berhampiran mereka juga tidak terlepas.

Nasi Kandar Line Clear Dibuka Semula


Penguatkuasa kesihatan mengenakan denda RM1,000 pada pemilik kerana menjalankan dapur yang kotor. Pihak berkuasa tempatan juga mengenakan denda kompaun RM250 kerana tidak menggunakan perangkap gris yang berfungsi dan denda RM90 apabila didapati 3 pekerja mereka tidak divaksinkan. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...