Friday, 10 March 2017

Najib, Zahid Hamidi Solat Hajat Berdepan Korea Utara

Najib, Zahid Hamidi Solat Hajat Berdepan Korea Utara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai lebih 8,000 jemaah menunaikan solat hajat di Masjid Putra di sini, bagi memohon kesejahteraan negara yang kini berdepan ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

Turut menyertai jemaah di masjid tersebut ialah timbalan beliau, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib, Zahid Hamidi Solat Hajat Berdepan Korea Utara. Solat hajat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Datuk Abd Manaf Mat itu dilakukan sejurus selesai solat Jumaat.

Semalam, Najib meminta semua masjid di negara ini melakukan solat hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.

Sebelas rakyat Malaysia, termasuk 3 pegawai kedutaan, dihalang daripada meninggalkan Korea Utara susulan tindakan Malaysia mengusir duta negara itu, Kang Chol, yang diisytiharkan sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dialu-alukan.

Najib, Zahid Hamidi Solat Hajat Berdepan Korea Utara


Namun 2 rakyat Malaysia, Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy yang menyertai Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dibenarkan keluar dari Pyongyang dan kini berada di Beijing, China. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...