Thursday, 16 March 2017

Malaysia Dapat Kebenaran Keluarga Urus Mayat Kim Jong Nam Dalam Pertemuan Rahsia

Malaysia Dapat Kebenaran Keluarga Urus Mayat Kim Jong Nam Dalam Pertemuan Rahsia. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan kerajaan Malaysia mendapat kebenaran waris Kim Jong-nam untuk mengurus mayat abang pemimpin tertinggi Korea Utara itu.

Noor Rashid berkata, kebenaran itu diberikan ketika pihaknya bertemu waris mangsa.

Bagaimanapun, Noor Rashid enggan mendedahkan bila dan di mana pertemuan tersebut berlangsung.

“Mereka telah benarkan kerajaan Malaysia untuk uruskan mayat dan keputusan lanjut (bagaimana mayat itu akan diuruskan) bergantung kepada kerajaan,” katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Malaysia Dapat Kebenaran Keluarga Urus Mayat Kim Jong Nam Dalam Pertemuan Rahsia


Terdahulu Noor Rashid merasmikan Seminar Belia dan TN50: Perspektif Keselamatan Negara di Shah Alam. - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...