Wednesday, 29 March 2017

Mahkamah Rayuan Tolak Pengisytiharan Haram Menteri KDN

Mahkamah Rayuan Tolak Pengisytiharan Haram Menteri KDN. Mahkamah Rayuan memutuskan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sah, sekaligus menolak pengisytiharan haram oleh Menteri Dalam Negeri sebelum ini.

Semalam, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Tengku Maimum Tuan Mat itu menyatakan PPS bukanlah sebuah pertubuhan yang tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1965.

Mahkamah Rayuan Tolak Pengisytiharan Haram Menteri KDN. Dalam pada itu, Adun Seri Delima, RSN Rayer berkata, seluruh pihak di Pulau Pinang amat mengalu-alukan keputusan yang memihak kepada kerajaan negeri berkenaan.

“Inilah keputusan yang kerajaan negeri tunggu-tunggu. Akhirnya kita dapat lihat bahawa kebenaran telah menang,” ujarnya kepada Roketkini.

Sebagai salah seorang anggota PPS, Rayer berkata beliau merasa terbela dan tidak sabar mahu bertugas semula.

Mahkamah Rayuan Tolak Pengisytiharan Haram Menteri KDN


Lebih-lebih lagi, beliau pernah ditahan untuk soal siasat pada 2014 kerana PPS didakwa ingkar arahan dan meneruskan aktiviti mereka.

PPS ditubuhkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 27 April 2011.

Kementerian Dalam Negeri mendakwa kononnya PPS adalah pertubuhan yang menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini.

Sedangkan, matlamat penubuhan PPS adalah membantu kerajaan negeri membanteras jenayah selain menjaga kebajikan dan keselamatan awam penduduk Pulau Pinang.

Mahkamah Rayuan Tolak Pengisytiharan Haram Menteri KDN. Semua anggota PPS berkhidmat secara sukarela. - md


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...