Thursday, 16 March 2017

Ketua Cabang PKR Mengamuk?

Ketua Cabang PKR Mengamuk? Seorang lelaki luka dan lebam dimuka selepas ditumbuk seorang ketua cabang parti kerana enggan menyokongnya sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mangsa, penasihat jualan berusia 50 tahun ditumbuk berkali-kali di sebuah premis di Lake View Square, Seremban 2 pukul 11 pagi semalam, di sini, menurut sumber kepada Harian Metro.  

Ketua Cabang PKR Mengamuk? Ketua cabang berusia 40-an itu dikatakan datang ke pejabat mangsa dalam keadaan marah kerana tidak berpuas hati tidak mendapat tajaan kewangan sebagai calon di Rasah.

“Sebaik tiba di premis terbabit, lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mangsa.  

“Keadaan menjadi tegang apabila ketua cabang terbabit didakwa menumbuk muka mangsa beberapa kali,” lapor akhbar memetik sumber.

Ketua Cabang PKR Mengamuk?


Mangsa kemudian dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan dan membuat laporan polis di buat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban.

Ketua Cabang PKR Mengamuk? Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh yang mengesahkannya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - mk


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...