Thursday, 16 March 2017

Kerajaan Kelantan Isytihar H5N1 Bencana Negeri

Kerajaan Kelantan Isytihar H5N1 Bencana Negeri. Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan wabak selesema burung (H5N1) sebagai bencana negeri.Ini berikutan wabak itu merebak di 2 lagi jajahan, iaitu Bachok dan Pasir Puteh, selepas Kota Bharu dan Pasir Mas, kata exco.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata keputusan itu dibuat di mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini mengikut Perintah Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20).

Kerajaan Kelantan Isytihar H5N1 Bencana Negeri. “Berikutan keputusan tersebut, semua agensi yang berkaitan akan digerakkan untuk mengambil pelbagai langkah pencegahan bagi mengelakkan wabak selesema burung itu atau H5N1 itu terus merebak,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Virus H5N1, yang menyerang unggas, dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini, pada 6 Mac lepas setelah beberapa ekor ayam kampung mati.

Che Abdullah berkata wabak berkenaan merebak dengan cepat meskipun kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar sudah mengambil langkah awal sebaik ia disahkan positif di Kampung Pulau Tebu.

Kerajaan Kelantan Isytihar H5N1 Bencana Negeri

“Dua kawasan terbaru yang dikesan adalah di Kampung Dusun Durian, Bachok dan Kampung Bukit Merbau, Pasir Puteh. “Kota Bharu menjadi jajahan paling terjejas membabitkan 18 kampung setakat ini,” katanya.

Kerajaan Kelantan Isytihar H5N1 Bencana Negeri. Sehingga kini, sebanyak 23,768 unggas dan 881 telur dimusnahkan membabitkan sebanyak 129 premis sebagai langkah pencegahan, kata Che Abdullah. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...