Wednesday, 29 March 2017

Jet Pejuang Rafale Pilihan Malaysia?

Jet Pejuang Rafale Pilihan Malaysia? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia masih belum membuat keputusan sama ada mahu membeli jet pejuang Rafale buatan Dassault Aviation SA dari Perancis, selepas perbincangan dengan Perdana Menteri Perancis Francois Hollande.

“Kami belum bersedia membuat keputusan tetapi kami mengambil maklum kejayaan jet tersebut di negara lain,” kata Najib pada sidang media bersama Hollande hari ini.


Jet Pejuang Rafale Pilihan Malaysia?  Rafale dikatakan menarik minat Malaysia, yang mahu membeli 18 buah jet tersebut dalam pembelian yang menelan belanja AS$2 bilion (RM8.8 bilion), menurut sumber.

Malaysia mahu menggantikan jet pejuang MiG-29 buatan Rusia milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang separuh daripadanya kini tidak digunakan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata Malaysia kini mempertimbangkan sama ada Rafale atau Eurofighter Typhoon buatan syarikat Britain, BAE Systems.

Jet Pejuang Rafale Pilihan Malaysia? 


Susulan kenyataan Najib, Hollande memberitahunya:

“Saya tahu anda akan membuat keputusan, dan berdasarkan itu, kami mahu memberikan sokongan yang berkaitan.

“Apa yang saya mahu katakan ialah Rafale adalah jet terbaik dalam kategorinya, dan selepas itu kami boleh bincang isu harga dan spesifikasi.”

Jet Pejuang Rafale Pilihan Malaysia?  Hollande kini berada di Kuala Lumpur, salah satu destinasi lawatannya ke Asia Tenggara. Beliau akan meneruskan lawatan ke Indonesia hari ini. - fmt





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...