Wednesday, 22 March 2017

Jamal Yunus Buat Hal Lagi?

Jamal Yunus Buat Hal Lagi? Adun DAP hari ini menasihatkan Datuk Seri Jamal Yunos supaya tidak membazirkan masa dengan mengadakan protes atau buat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar-benar mahu membanteras aktiviti rasuah di Selangor.

Adun Subang Jaya Hannah Yeoh berkata Jamal sepatutnya menasihatkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar supaya mengisi kekosongan kerusi ketua pembangkang yang masih kosong.

Jamal Yunus Buat Hal Lagi? “Saya nak buat cadangan kepada Umno, kalau nak bangkitkan isu ketelusan di Selangor, kita sudah ada cara paling terbaik untuk beliau (Jamal) iaitu menasihati Umno Selangor menamakan seorang ketua pembangkang dengan segera.

“Kerusi ketua pembangkang masih dikosongkan di dalam DUN Selangor dan kita tidak ada ketua pembangkang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Damansara Utama hari ini.

Hannah yang juga speaker DUN Selangor berkata pelantikan ketua pembangkang adalah cara paling efektif untuk buat “check dan balance” di negeri itu.

Jamal Yunus Buat Hal Lagi?


“Tidak ada guna buat laporan polis, laporan SPRM, protes di depan pintu pagar tetapi tidak melakukan perkara yang betul iaitu melantik ketua pembangkang sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC),” katanya.

Pengerusi Wanita DAP Selangor itu berkata protes tuala dan rumah urut yang dilakukan Jamal sebelum ini juga tidak senonoh dan tidak menghormati kaum wanita.

“Seperti protes yang urut kepala, ada katil dan wanita datang urut. Saya rasa sebagai wanita kita memang tidak selesa dan perbuatan seperti itu tidak senonoh.

“Adakah beliau sub-kontraktor Umno untuk buat protes bagi isu yang Umno tidak berani bangkitkan,” katanya.

Jamal sebelum ini pernah mengadakan beberapa protes seperti protes tuala, rumah urut dan mengusung keranda dan perarakan van jenazah di luar bangunan pentadbiran Selangor dalam bantahan terbarunya terhadap kerajaan negeri itu.

Jamal Yunus Buat Hal Lagi?


Jamal juga membuat laporan kepada SPRM dan polis berhubung penyalahgunaan dana untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor terhadap wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...