Tuesday, 7 March 2017

Inilah Nasib Rakyat Malaysia Di Korea Utara?

Inilah Nasib Rakyat Malaysia Di Korea Utara? Perdana menteri memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN), sementara polis menutup Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara, sebagai tindakan balas balik terhadap keputusan Pyongyang melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara komunis itu.

“Perbuatan hina ini, menahan rakyat kita sebagai tebusan, adalah melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik,” kata Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan bernada paling keras setakat ini sejak berlaku krisis diplomatik dengan Pyongyang susulan pembunuhan Kim Jong Nam bulan lalu di klia2.

Inilah Nasib Rakyat Malaysia Di Korea Utara?  Najib berkata keutamaannya sekarang ialah melindungi rakyat negara ini di Korea Utara dan Malaysia “tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila mereka terancam”.

“Kami berharap agar ia diselesaikan dengan pantas. Saya menyeru kepimpinan Korea Utara untuk dengan segera membenarkan rakyat kami untuk meninggalkan negara itu untuk mengelakkan sebarang masalah yang selanjutnya,” katanya.

Hubungan diplomatik antara dua negara ini semakin tegang hari ini, 3 minggu selepas kematian Jong Nam akibat serangan agen saraf, dipercayai dilakukan 2 wanita yang diupah rejim Korea Utara.

Korea Utara sebentar tadi menerusi pegawai media kawalan kerajaan Korea Central News Korea berkata semua rakyat Malaysia di Korea Utara dilarang buat sementara waktu meninggalkan negara itu sehingga insiden yang berlaku di Malaysia diselesaikan dengan baik.

Inilah Nasib Rakyat Malaysia Di Korea Utara? 


Bertindak balas, tidak lama selepas itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN menerusi Jabatan Imigresen tidak membenarkan mana-mana pegawai atau kakitangan di Kedutaan Korea Utara keluar dari Malaysia dan arahan itu berkuat kuasa serta-merta.

Pada Sabtu, Malaysia mengisytiharkan duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebagai pesona non grata. Beliau pulang ke Korea Utara semalam.

Tetapi polis Malaysia percaya suspek dalam kes pembunuhan itu masih bersembunyi di Kedutaan Korea Utara.

Ketegangan tercetus selepas Pyongyang membantah bedah siasat polis Malaysia terhadap mayat Kim Jong Nam, abang sebapa diktator Korea Utara yang dipercayai dibunuh di terminal klia2 pada 13 Februari.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu wartawan yang menunggu di luar rumah banglo yang menempatkan Kedutaan Korea Utara hari ini, pihak berkuasa sedang cuba mengenal pasti kakitangan kedutaan.

Inilah Nasib Rakyat Malaysia Di Korea Utara? 


“Kami sedang cuba mengenal pasti semua staf kedutaan di sini secara fizikal,” katanya kepada Reuters, menambah yang mereka tidak dibenarkan meninggalkan negara “sehingga kami berpuas hati dengan jumlah mereka dan di mana mereka berada”.

Dipercayai terdapat 11 rakyat Malaysia berada di Korea Utara pada masa ini. APF melaporkan terdapat kira-kira 1,000 ekspatriat Korea Utara tinggal di Malaysia.

Inilah Nasib Rakyat Malaysia Di Korea Utara?  Kebanyakan mereka terbabit dalam perniagaan seperti animasi komputer, pembuatan dan beberapa “aktiviti pasaran gelap”, kata laporan itu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




4 comments:

  1. Harap mereka dalam keadaan selamat hendaknya..
    Inilah bahana ada pemimpin yg kurang pandai..menyusahkan rakyat ajer..macam2 hal berlaku pada negaraku akibat adanya pemimpin bingai..mh370..mh17..banjir besar skang plak nak dibawak negaraku ke kancah perang plak? Udoh2 ler najib wehhh macam2 bala aok bawak ke malaysia..bila la aok nak berenti mnyusohkan malaysia..

    ReplyDelete
  2. Saya rasa kerajaan Malaysia memang bodoh dengan knee jerk reaction mereka mengisytiharkan kang chol persona non grata tanpa memanggil pulang semua staf di kedutaan Korea utara terlebih fahulu. Sekarang negara Malaysia dalam keadaan tersepit dan tiada jalan penyelesaian kecuali menyerahkan apa yang diminta oleh regim north korea. Ini membuktikan kerajaan dibawah Najib telaj tersalah langkah tanpa membuat perancangan rapi terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  3. Saya risau jika jib sengaja nk menghuru harakan negara agar dia dpt lepas dr segala hukuman yg patut diterimanya...dia dh sgt desperate.maaf jika ada yg x suka dgn pandangan saya ni.mohonlah perlindungan pd Allah...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...