Thursday, 16 March 2017

Ini Penjelasan Pemandu Lawan Arus Di Lebuhraya PLUS

Ini Penjelasan Pemandu Lawan Arus Di Lebuhraya PLUS. Pemandu remaja yang merempuh keretanya dengan beberapa kenderaan lain ketika meluru lawan arah trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam berbuat demikian selepas dia terbayangkan sebuah lori, menurut polis Seberang Perai.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati pemandu Proton Gen-2 berusia 19 tahun itu melakukan pusingan U di jalan sama sebelum memandu laju melawan arah trafik sejauh 5km.

Ini Penjelasan Pemandu Lawan Arus Di Lebuhraya PLUS. Ia kemudian merempuh sebuah kereta Perodua Kelisa menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26.

Nik Ros berkata remaja tersebut tidak memasuki arah bersebelahan melalui sebuah bukaan untuk kenderaan kecemasan seperti dilapor sebelum ini.

Pagi tadi, Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja tersebut selama 4 hari. Dia dilihat dalam keadaan kaku ketika berjalan melepas sekumpulan wartawan.

Bayangan lori

Menurut Nik Ros, remaja itu dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab di Bukit Mertajam menuju ke rumahnya di Butterworth. Dia terlepas jalan ke Permatang Pauh dan terus menuju ke Plaza Tol Sungai Dua.


Ini Penjelasan Pemandu Lawan Arus Di Lebuhraya PLUS


Di situ, dia melihat seakan-akan sebuah lori di tengah jalan dan dengan pantas melakukan pusingan U ke lorong paling kanan, meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling kanan.

“Ketika melakukan pusingan secara tiba-tiba itu, dia menggeser 3 kenderaan lain sebelum memandu 5km dan merempuh sebuah Perodua Kelisa dan 5 lagi kenderaan.

“Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati tidak ada lori di tengah jalan seperti yang didakwanya,” Nik Ros memberitahu wartawan hari ini.

Dakwaan bunuh

Insiden semalam mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, dengan gesaan supaya remaja itu didakwa atas tuduhan membunuh.

Bagaimanapun, Nik Ros berkata ia tidak boleh dilakukan kerana tindakan itu tidak berniat membunuh.


Ini Penjelasan Pemandu Lawan Arus Di Lebuhraya PLUS


Menurutnya, Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan membawa hukuman 4-10 tahun, manakala bagi kesalahan bunuh tanpa sengaja di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun.

Nik Ros turut mengesahkan remaja tersebut dalam keadaan khayal kerana pengambilan dadah, tetapi polis masih menguji sampel darah untuk kandungan alkohol.

Menurutnya, remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




6 comments:

  1. Pemandu tidak khayal. Kalau lihat video, pemandu menghidupkan signal kiri semasa melawan arus bermakna dia sedar dia melakukan kesalahan melawan arus. Bolehkan didakwa membunuh tanpa niat?

    ReplyDelete
  2. sekiranya kes-kes seperti ni terus bermaharajalela kat negara kita, suatu masa nanti tiada sesiapa takut untuk berbuat salah dan melanggar undang-undang jalan raya. Adakah ini sebahagian dari pembalasan kerana peraturan yang dikenakan dimana anggota polis tidak dibenarkan menahan dan memeriksa pemandu pendatang asing (tak mustahil ada pendatang asing tu yang takde lesen memandu - maaf terkeluar tajuk sikit) tapi kesannya akan menimpa penduduk asal negara kita sebab semakin hari semakin meluas bentuk perundangan yang menjerat penduduk asal negara ini. Ini baru satu isu, tengoklah akan ada isu lain yang hanya akan menguntungkan pendatang asing dan dalam masa yang sama menindas penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  3. Memandu lawan arus is suicide + murder !!!
    What kind of news is this !!!
    It is like a terrorist blowing himself up dengan niat tidak membunuh orang lain

    ReplyDelete
  4. She is using emergency light which indicates she knows what is she doing !!!!

    ReplyDelete
  5. 1. Ambil dadah
    2. Lawan arus lalulintas dgn kelajuan tinggi
    3. Menyebabkan kematian

    2 tahun penjara saja? Wow, murahnya nyawa manusia

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...