Thursday, 23 March 2017

Husam Musa Dihalau Keluar Sidang DUN Kelantan

Husam Musa Dihalau Keluar Sidang DUN Kelantan. Adun Salor, Datuk Husam Musa diarah Datuk Abdullah Ya’kub meninggalkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas mengingkari peraturan Dewan.

Perintah kepada bekas exco kerajaan negeri itu dikeluarkan pada penghujung persidangan, iaitu kira-kira 5 minit sebelum sidang DUN tamat.

Husam Musa Dihalau Keluar Sidang DUN Kelantan. Arahan itu dikeluarkan selepas speaker beberapa kali memberi amaran kepada Husam atas tindakannya mencelah dan mengganggu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang sedang menggulung titah Pemangku Raja Kelantan.

Husam sebelum itu bangun mempersoalkan kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassuruddin Daud yang bercakap mengenai isu sumpah, bai’ah dan lafaz taklik ketika sesi penggulungan.

Bagaimanapun, Ahmad enggan memberi laluan.

Husam Musa Dihalau Keluar Sidang DUN Kelantan


Abdullah kemudian beberapa kali mengarahkan Husam duduk dan memberi laluan kepada Ahmad untuk menyambung penggulungannya, namun terus diingkari Husam, menyebabkan beliau diarahkan keluar dewan.

Husam ketika ditemui pemberita di luar dewan berkata, beliau terkejut selepas diarahkan keluar dewan, namun bertekad terus hadir persidangan DUN akan datang.

Husam Musa Dihalau Keluar Sidang DUN Kelantan. Sementara itu, Ahmad berkata, setiap adun perlu mematuhi peraturan dewan kerana kerajaan memberi peluang berbahas semalam, namun Husam tidak menggunakan peluang itu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...