Wednesday, 1 March 2017

Husam Musa Dedah Punca Presiden PAS Tak Serang 1MDB

Husam Musa Dedah Punca Presiden PAS Tak Serang 1MDB. Pemilik portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin memberitahu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa wang yang masuk ke akaun Najib berjumlah 2.6 billion bukan dari 1MDB ketika mereka bertemu di Bangkok minggu lalu.

Ahli dewan undangan negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa menyatakan perkara ini ketika berucap di majlis minum pagi bersama Amanah di Kedai Kopi Mat Jen Tanjung Chat, Kota Bharu semalam.

"Orang Pas jangan terkejut pulok, macamana saya tahu perkara ini," katanya.

Husam Musa Dedah Punca Presiden PAS Tak Serang 1MDB. Baru-baru ini semasa berceramah di Pasir Puteh Datuk Husam menyebut Pas menerima wang RM90 juta melalui Affin Bank.

Sebagai reaksi kenyataan itu pemuda Pas telah membuat laporan polis di beberapa tempat berasingan.

Mengulas perkara itu Husam yang juga penasihat Amanah Kelantan berkata tindakan itu kebudak-budakan kerana mereka tidak tahu menahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Budok-budok tak tahu kijoe (kerja buat) ayah dio"," katanya.

Tindakan Raja Petra memberi taklimat (briefing) kepada presiden Pas adalah untuk meyakinkan pihak Pas bahawa wang RM2.6 billion itu adalah halal dan Najib tidak perlu dipersalahkan.

Husam Musa Dedah Punca Presiden PAS Tak Serang 1MDB


Menyentuh pentadbiran Kelantan sekarang, beliau menganggap kerajaan negeri tidak ada sebarang idea untuk mengukuhkan ekonomi selain membebankan rakyat dengan menaikkan pelbagai jenis cukai.

"Sepatutnya dengan sumber kekayaan negeri dan keupayaan rakyat Kelantan kita sewajarnya sudah jauh ke hadapan dalam pelbagai industri.

"Apa yang berlaku menurutnya pihak kerajaan gagal mengutamakan keperluan rakyat dan asyik leka dengan imbuhan dan kemewahan peribadi," katanya.

Beliau terus mempersoalkan masalah pengurusan sampah yang semakin kronik tanpa sebarang penyelesaian.

Husam Musa Dedah Punca Presiden PAS Tak Serang 1MDB


"Di negara lain, sampah dikitar semula menjadi bahan-bahan bermanfaat yang mendatangkan hasil lumayan.

"Dulu telah ada syarikat yang datang menawarkan pengurusan sampah yang menguntungkan ini namun kelihatannya tidak diurus.

Husam Musa Dedah Punca Presiden PAS Tak Serang 1MDB. "Boleh tanya Datuk Taki (Takiyuddin Hassan) ahli parlimen tuan-tuan kerana perkara ini masa dia jadi exco PBT lagi," katanya. - md




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Org yang berilmu ugama tapi bukan dalam bidang professional usah dilantik sebagai ahli parlimen maupun adun, merekani menyemak saja. cukuplah diberi mereka jawatan pmbaca doa dan sekadar merasmikan majlis saja.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...