Tuesday, 7 March 2017

Hubungan Korea Utara - Malaysia Makin Tegang

Hubungan Korea Utara - Malaysia Makin Tegang. Susulan arahan Korea Utara melarang rakyat Malaysia di sana meninggalkan negara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan arahan sama terhadap warga Korea Utara di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi akaun Twitter @Zahid_Hamidi berkata KDN menerusi Jabatan Imigresen tidak membenarkan mana-mana rakyat Korea Utara keluar dari Malaysia dan arahan itu berkuat kuasa serta-merta.

Hubungan Korea Utara - Malaysia Makin Tegang. Korea Utara sebentar tadi menerusi pegawai media kawalan kerajaan Korea Central News Korea berkata semua rakyat Malaysia di Korea Utara dilarang buat sementara waktu meninggalkan negara itu sehingga insiden yang berlaku di Malaysia diselesaikan dengan baik.

Pada Sabtu, Malaysia mengisytiharkan duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebagai pesona non grata. Beliau pulang ke Korea Utara semalam.

Hubungan Korea Utara - Malaysia Makin Tegang


Hubungan antara dua negara itu tegang selepas Pyongyang membantah bedah siasat polis Malaysia terhadap mayat Kim Jong Nam, abang sebapa diktator Korea Utara yang dipercayai dibunuh di terminal klia2 pada 13 Februari. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...