Thursday, 30 March 2017

Harga Minyak April 2017

Harga Minyak April 2017. Harga petrol dan diesel mengalami penurunan harga bagi minggu pertama mengikut kaedah pengapungan terkawal secara mingguan.

Pengumuman harga baharu itu diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Sri Jamil Salleh sebentar tadi.

RON 97 turun daripada RM2.60 kepada RM2.41 sen, turun sebanyak 19 sen. Manakala RON 95 pula turun sebanyak 17 sen daripada RM2.30 kepada RM2.13.

Harga Minyak April 2017.  Diesel juga mengalami penurunan iaitu sebanyak 9 sen iaitu harga sebelum adalah RM2.20 dan terkini adalah RM2.11.

Menurut Jamil, kerajaan percaya, kaedah yang baharu ini akan memberi kesan lebih baik kerana pengguna kerana tempoh pengiraan purata kos produk petroleum siap diproses dan kadar tukaran mata wang asing semakin pendek iaitu selama tujuh hari.

“Oleh itu, kadar turun naik perubahan harga akan bertindak balas lebih cepat selaras dengan harga minyak yang diproses di pasaran global.

“Penetapan harga baharu ini akan diumumkan pada setiap hari Rabu dan berkuatkuasa pada jam 12.01 malam Khamis ini dan berakhir pada 5 April hadapan,” katanya menerusi sesi pengumuman di Berita RTM sebentar tadi.

Harga Minyak April 2017


Katanya, bagi pengiraan pada minggu-minggu berikutnya akan menggunakan purata kos produk petroleum yang siap diproses dan kadar tukarang wang bagi tempoh seminggu.

“Syarikat minyak serta pengusaha minyak sekali lagi diingatkan untuk mematuhi penetapan harga baharu ini.

“Tindakan tegas akan diambil kepada syarikat dan pengusaha stesen minyak yang menjual petrol dan diesel pada harga lebih daripada ditetapkan kerajaan.

Terdahulu, Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan kaedah baharu ini setelah mendapat persetujuan daripada Jemaah menteri untuk melaksanakan  kaedah pengapunangan terkawal secara mingguan sebagai penetapan harga runcit petrol dan diesel yang menggantikan kaedah sebelumnya iaitu secara bulanan.

Hamzah berkata, bagi menambah baik mekanisme yang digunakan sekarang, kementeriannya telah melakukan beberapa sesi keterlibatan dengan syarikat minyak, pengusaha minyak, NGO dan pihak berkepentingan lain.

Harga Minyak April 2017


Beliau berkata, pada masa ini, kaedah yang diguna pakai kerajaan adalah dengan membuat pengumuman harga petrol dan diesel secara bulanan.

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, pengenalan harga siling mingguan bagi minyak petrol dan diesel akan memberikan pengguna trend harga runcit yang lebih stabil berbanding harga siling bulanan yang dilaksanakan ketika ini.

Harga Minyak April 2017.  Melalui cara ini, mudah untuk pantau naik turun harga minyak mentah ini dan pengguna akan dapat lihat pergerakan naik turun harga minyak mentah ini setiap minggu. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. NAIK 20SEN TURUN X SMPAI 20SEN..NAIK 3 X TURUUN SKALI

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...