Tuesday, 7 March 2017

Duta Korea Utara Pulang Dengan Kelas Ekonomi

Duta Korea Utara Pulang Dengan Kelas Ekonomi. Dua hari selepas arahan Wisma Putra, Kang Chol, duta Korea Utara ke Malaysia yang menjadi fokus krisis diplomatik kedua-dua negara itu, pulang ditemani ratusan wartawan dan anggota keselamatan.

Dan kesesakan itu tidak berakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di mana AFP melaporkan Kang Chol mendaftar masuk 3 beg, 4 kotak dan sebuah televisyen jenama Philips.

Duta Korea Utara Pulang Dengan Kelas Ekonomi. Di atas pesawat, Kang Chol duduk seperti penumpang lain dalam kelas ekonomi Malaysia Airlines, sesuatu yang dianggap di luar kebiasaan untuk seorang diplomat tertinggi.

Akhbar Daily Mail dari Britain menunjukkan gambar Kang Chol di dalam pesawat sambil “tersepit di antara penumpang lain”, bersebelahan seorang penumpang kanak-kanak, dalam penerbangan ke Beijing.

“Sekurang-kurangnya tak kena tembak,” tambah akhbar tabloid itu.

Sindiran itu dipercayai merujuk kepada bekas duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong Chol, yang dilaporkan ditembak mati oleh regim Pyongyang sejurus dipanggil pulang pada awal 2014. 


Duta Korea Utara Pulang Dengan Kelas Ekonomi


Yong Chol merupakan anak saudara kepada Jang Song Thaek, bapa saudara diktator Korea Utara Kim Jong Un, yang dihukum bunuh bersama-sama seluruh anggota keluarganya pada Disember 2013.

Kepulangan Kang Chol semalam selepas hampir sebulan wartawan dari seluruh dunia berkerumun di luar sebuah banglo di Bukit Damansara, yang menempatkan kedutaan Korea Utara, susulan kes kematian Kim Jong Nam, abang tiri diktator Korea Utara, Kim Jong Un.

Pyongyang membantah penyiasatan Malaysia termasuk bedah siasat ke atas Jong Nam, yang umum percaya menjadi mangsa pembunuh upahan regim itu. 

Duta Korea Utara Pulang Dengan Kelas Ekonomi. Krisis diplomatik semakin parah apabila polis Malaysia menamakan salah seorang pegawai kanan di kedutaan Korea Utara sebagai suspek. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...