Tuesday, 21 March 2017

Debat Mahathir - Nazri Aziz Tetap Akan Berlaku?

Debat Mahathir - Nazri Aziz Tetap Akan Berlaku? "25 Mac ini saya tetap akan datang," itu kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengenai dialog antara dirinya dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga turut mengharapkan agar Mahathir akan turun berdialog seperti mana yang dijadualkan di Dewan Dato' Maharajalela, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kangsar, Sabtu ini.

Debat Mahathir - Nazri Aziz Tetap Akan Berlaku? "Saya akan tetap teruskan dan berharap agar Mahathir juga akan datang pada hari tersebut," katanya ketika ditemui di pekarangan Dewan Rakyat hari ini.

Polis Perak dalam satu kenyataan hari ini menolak permohonan penganjur bagi mengadakan dialog di antara kedua-dua pemimpin itu. 

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, permohonan tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai. 

Debat Mahathir - Nazri Aziz Tetap Akan Berlaku?


Menurut Hasnan, antara faktor permohonan itu ditolak ialah kelewatan mengemukakan borang pemberitahuan sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 9(1) APA 2012. 
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno nyata kecewa dengan keputusan itu.

"Saya amat  berdukacita denga berita ini dan sangat terganggu dengannya, alasan yang diberikan adalah dari segi keselamatan dan terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menghalang dialog ini.

Debat Mahathir - Nazri Aziz Tetap Akan Berlaku? "Saya hairan bila masa pula daerah ini jadi negara polis? Saya merupakan ahli Parlimen tempat ni, tak kan lah saya nak buat perkara tidak diingini?" katanya lagi. - sinar


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...