Wednesday, 22 March 2017

Dato Seri Merusuh Di Pusat Hiburan

Dato Seri Merusuh Di Pusat Hiburan. Seramai 12 individu, termasuk seorang Datuk Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan merusuh di sebuah pusat hiburan Sabtu lepas.

Mereka adalah Datuk Seri Loh Peng Kok, 35, Tan Ban Chuan, 46; Ng Hao Ning, 29; Muhamad Naim Abdull Rahman, 18; J Shatheeswaran, 24; N. Kartiga, 26; Curtis Veeran, 19; Tan Teong Boon, 24; Teoh Chee Seng, 36; Siow Peir Sheng, 24; Teoh Kim Teik, 20; dan Tan Kai Chong, 21.

Dato Seri Merusuh Di Pusat Hiburan. Mereka dituduh melakukan kesalahan itu bersama beberapa orang yang masih bebas di Bilik E3 Pusat Hiburan Suncity KTV Mindland di Jalan Burma, pada jam 3.58 pagi 18 Mac lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin tidak menawarkan sebarang jaminan ekoran semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (tidak boleh diikat jamin), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dato Seri Merusuh Di Pusat Hiburan


Bagaimanapun, peguam yang mewakili semua tertuduh, RSN Rayer memohon budi bicara mahkamah agar membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 setiap seorang, memandangkan anak guamnya mempunyai keluarga untuk ditanggung.

Majistret Mohamed Amin Shahul Hamid kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Dato Seri Merusuh Di Pusat Hiburan. Semua tertuduh membayar ikat jamin tersebut. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...