Friday, 3 March 2017

Berita Ini Menaikkkan Darah Orang Ramai..

Berita Ini Menaikkkan Darah Orang Ramai. Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ‘tidak pasti’ harga gula naik bermula semalam dari RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Jamil Salleh berkata pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga gula akan dibuat oleh Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Berita Ini Menaikkkan Darah Orang Ramai.  “Saya tidak pasti, kita tunggu kalau ada pengumuman rasmi oleh menteri. “Saya tidak boleh cakap apa-apa,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah harga gula naik sebanyak 11 sen bermula semalam.

Sebelum ini, media melaporkan harga gula naik dari RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.


Berita Ini Menaikkkan Darah Orang Ramai


Menurut laporan Oriental Daily, punca kenaikan itu disebabkan peningkatan harga gula di pasaran antarabangsa dan penyusutan nilai ringgit.

Akibatnya, kos yang ditanggung oleh pengilang gula tempatan turut meningkat. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...