Tuesday, 28 March 2017

Bahasa Tidak Cantik Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia

Bahasa Tidak Cantik Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Pemimpin PKR dan Umno hari ini menyifatkan analogi “biawak” yang diberikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai keterlaluan dan menjejaskan kewibawaannya sebagai seorang agamawan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR menghormati apa sahaja pendirian politik PAS, tetapi perbandingan “biawak” Hadi itu tidak sesuai dengan status sebagai naib presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Bahasa Tidak Cantik Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia. “Pada masa sama, semolek-moleknya seorang agamawan sudah tentu akan lebih cermat dalam membuat sesuatu perbandingan untuk tidak menimbulkan salah tafsir dalam memberikan sesuatu pandangan politik.

“Sebab agamawan, ulama ini bahasa dia bahasa yang sangat indah, bahasa dia bahasa penyejuk, pendamai dan menenangkan bagi orang yang keluh-kesah, memberontak,” katanya kepada FMT hari ini.

Saifuddin berkata, perbandingan presiden PAS itu juga akan mengundang pelbagai pandangan “tidak cantik” terhadap kewibawaannya sebagai seorang ulama.

Bahasa Tidak Cantik Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia


Semalam, Hadi dilaporkan berkata, parti Islam itu tidak akan menyertai PH mahupun BN, sekali gus memberi gambaran ia akan mengambil pendekatan bersendirian dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Marang turut memberi analogi “menyertai BN laksana memikul biawak hidup” manakala “menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah”.

Mengulas isu sama, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin berkata, dari awal lagi beliau tahu PAS dan BN tidak boleh bersatu untuk meneruskan perjuangan politik bersama.

“Tetapi menyifatkan bekerjasama dengan BN sebagai memikul biawak hidup adalah satu kenyataan keterlaluan.

Bahasa Tidak Cantik Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia


“Pada saya, BN akan memainkan peranan lebih berkesan dan terus memikul tanggungjawab membela rakyat. 

Tanpa kerjasama sekalipun, BN pasti dapat mengharungi pilihan raya umum akan datang dengan kekuatan sedia ada.

Bahasa Tidak Cantik Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.  “Saya yakin kerana BN sudah menempuh pelbagai cabaran pada masa lampau,” katanya. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





3 comments:

  1. Nabi saw diturunkan utk membawa akhlak yg baik.

    jika hendak menjadi pewaris nabi maka akhlak itu mestilah
    diwarisi juga.

    jika tidak maka itu bukan pewaris nabi tetapi pewaris .....

    ReplyDelete
  2. KENA KAT DAHI, PANDAI PULA KATA BAHASA TAK INDAH HAHAHAHA

    MEMANG BETOI PUN CAKAP TGHH TU, KALAU AKU JADI PRESIDENG, AKU KATA TANGGUNG BABI BUSUK TERUS HAHAHAHA

    ReplyDelete
  3. Penyokong PAS akan berkata perkataan tersebut sesuai...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...