Tuesday, 28 March 2017

Anwar Lawat Wan Azizah Di Kampung Baru

Anwar Lawat Wan Azizah Di Kampung Baru. Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibenarkan melawat isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini dirawat di Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), menurut portal berita Malaysia Dateline.

Laporan itu berkata Anwar tiba pada jam 2.00 petang dikawal ketat oleh pihak keselamatan Penjara Sungai Buloh.

Anwar Lawat Wan Azizah Di Kampung Baru.  Semalam, Dr Wan Azizah, 64 tidak dapat hadir di Dewan Rakyat dan sidang Dewan Undagan Negeri Selangor, selepas dimasukkan ke hospital.

Menurut setiausaha politiknya, Rodziah Ismail, keadaan presiden PKR itu tidak membimbangkan.

“Bagaimanapun atas nasihat doktor, pelawat terpaksa dihadkan kepada keluarga terdekat sahaja.


Anwar Lawat Wan Azizah Di Kampung Baru


“Ia untuk memberikan beliau ruang secukupnya untuk berehat dan bersama keluarga tersayang,” katanya.

Anwar Lawat Azizah Di Kampung Baru.  Anwar kini sedang menjalani hukuman 5 tahun penjara, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwatnya pada Februari 2015.



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...