Monday, 13 March 2017

All England 2017 : Lee Chong Wei Juara Kali Ke 4

All England 2017 : Lee Chong Wei Juara Kali Ke 4. Datuk Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain muda China, Shi Yuqi 21-12, 21-10 pada pentas akhir Seluruh England di Arena Barclaycard, Birmingham, sebentar tadi.

Keputusan ini sekali gus menyaksikan Chong Wei berjaya menamatkan penantian tiga tahunnya untuk meraih kejuaraan terbabit setelah kali terakhir menang pada 2014.

Chong Wei sudah tiga kali menjuarai Seluruh England iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2014.

All England 2017 : Lee Chong Wei Juara Kali Ke 4. Dengan empat kemenangan selaku pemain perseorangan lelaki di Seluruh England, Chong Wei kini menyamai pencapaian yang pernah dilakar legenda badminton negara, mendiang Datuk Eddy Choong yang meraih kejuaraan sama pada 1953, 1954, 1956 dan 1957.

Penyokong Malaysia dan tempatan juga tidak putus-putus memberi sokongan kepada Chong Wei sehingga tamat perlawanan.


All England 2017 : Lee Chong Wei Juara Kali Ke 4


"Terima kasih kepada semua peminat, ini kali pertama saya melihat begitu ramai orang (penyokong) di final. All England adalah kejohanan kegemaran saya.

Ya (saya mahu beraksi di All England tahun depan)," kata Chong Wei selepas tamat perlawanan. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...