Saturday, 11 March 2017

All England 2017 : Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir

All England 2017 : Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir. Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan separuh akhir kejohanan badminton All England apabila menewaskan pemain China, Tian Houwei 21-12, 21-15.

Jaguh badminton negara ini diletakkan selaku pilihan utama pada Kejohanan All England yang kini berlangsung di Barclaycard Arena, Birmingham, England. Chong Wei pernah menjuarai All England pada 2010, 2011 dan 2014.

All England 2017 : Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir.  Dalam pada itu, Bernama melaporkan, selaku pilihan utama kejohanan, Chong Wei, 34, tidak berdepan masalah menewaskan Tian Houwei, 25, dari China 21-12, 21-15 di suku akhir di Birmingham pada Jumaat (awal pagi Sabtu, waktu Malaysia).

Menanti Chong Wei di separuh akhir adalah Chou Tien Chen dari Taiwan yang menewaskan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-19, 16-21, 21-8 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Musuh tradisi Chong Wei, Lin Dan, 33, dari China, pula mara selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengenepikan Viktor Axelsen, 23, dari Denmark 8-21, 21-14, 21-15.


All England 2017 : Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir


Selepas ini, Lin Dan akan membuat perhitungan dengan rakan senegaranya, Shi Yuqi yang mara sesudah menewaskan pemain Jepun, Kazumasa Sakai 21-13, 21-4.

Turut mengikut jejak Chong Wei ke separuh akhir adalah beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menewaskan Wang Yilyu-Huang Dongping dari China, 23-21, 21-14 di suku akhir.

Di separuh akhir, mereka akan menentang Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun yang sebelum itu mengalahkan Yoo Yeon Seong-Kim Ha Na dari Korea Selatan, 21-17, 18-21, 22-20.

All England 2017 : Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir.  Namun cabaran beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berakhir di suku akhir selepas tewas kepada Li Junhui-Liu Yuchen dari China 19-21, 21-17, 19-21. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...