Sunday, 12 March 2017

All England 2017 : Beregu Campuran Negara Ke Final

All England 2017 : Beregu Campuran Negara Ke Final. Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mengikut jejak jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke final Kejohanan Badminton All England di Birmingham hari ini.

Pada perlawanan separuh akhir, Peng Soon-Liu Ying mengenepikan pencabar mereka Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun dengan 21-17 dan 21-15 pada perlawanan yang berlangsung di Barclays Arena pada Sabtu.

All England 2017 : Beregu Campuran Negara Ke Final. Menanti mereka di final ialah Lu Kai-Huang Yaqiong dari China yang mengalahkan pasangan tuan rumah, Chris Adcock-Gabrielle Adcock dengan 19-21, 21-12, 22-20.

All England 2017 : Beregu Campuran Negara Ke Final


Terdahulu Chong Wei yang menghampiri gelaran keempat All England menewaskan pemain Taiwan Chou Tien Chen dengan rubber set 10-21, 21-14 dan 21-9 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...