Saturday, 25 March 2017

Agenda Utama TMJ Sebagai Presiden FAM

Tugas utama Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah membersihkan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam badan itu, kata sebuah NGO anti-rasuah.

Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel yakin tadbir urus dan pengurusan dana yang telus, berhemah dan berintegriti mampu memperbaiki mutu bola sepak negara, selain menarik minat pelabur luar untuk melabur dalam industri sukan negara.

Agenda Utama TMJ Sebagai Presiden FAM. “C4 mengharapkan dan percaya presiden FAM yang baharu ini bukan hanya semata-mata perubahan tampuk pimpinan. Namun yang lebih utama adalah memastikan Persatuan FAM dan seterusnya industri sukan tanah air ditadbir secara integriti, bebas daripada sebarang salah urus tadbir dan rasuah,” katanya dalam satu kenyataan.

Tunku Ismail diumumkan menang tanpa bertanding sebagai presiden FAM apabila Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada pemilihan 48 jam sebelum detik penentuan Sabtu ini.

Beliau berkata, keputusan itu suatu penghormatan kepada Tunku Ismail untuk memimpin FAM.

Agenda Utama TMJ Sebagai Presiden FAM


November tahun lalu pakar industri sukan yang juga bekas ketua keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Chris Eaton berkata Malaysia kini mengambil alih Singapura sebagai pusat mengatur pertandingan sukan di Asia Tenggara selepas beberapa tindakan keras republik itu membanteras amalan sedemikian.

Katanya, Singapura berjaya menghapuskan beberapa sindiket mengatur perlawanan, tetapi masih ada yang mengadakan “kerjasama rapat” dengan sindiket di Malaysia.

Agenda Utama TMJ Sebagai Presiden FAM. Bagaimanapun kenyataan Eaton dinafikan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin apabila menjelaskan masalah “bookie” merupakan isu antarabangsa dan tidak hanya terjadi di Malaysia. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...