Tuesday, 21 February 2017

Tiada Protes Ketika Lawatan PM Israel Ke Singapura?

Tiada Protes Ketika Lawatan PM Israel Ke Singapura? Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong semalam meraikan ketibaan rakan sejawatnya dari Israel, Benjamin Netanyahu, dengan menyifatkan Singapura dan Israel “sahabat lama”, sambil merujuk usaha Israel membantu menubuhkan Angkatan Tentera Singapura selepas berpisah daripada Malaysia pada 1965.

“Ia memastikan kelangsungan kami ketika ketidaktentuan dan kelemahan,” kata Lee dalam komen yang dipetik akhbar Israel, Jerusalem Post.

Tiada Protes Ketika Lawatan PM Israel Ke Singapura? “Kami akan sentiasa terhutang budi. Sejak itu, hubungan kami berkembang melampaui bidang pertahanan dan keselamatan.”

Netanyahu tiba di Singapura semalam dalam lawatan rasmi pertamanya ke Singapura, yang mempunyai hubungan diplomatik dengan regim tersebut.

Netanyahu dalam jawapannya berkata beliau kagum dengan apa yang dilihatnya.

“Walaupun selalu mendengar mengenai kejayaan Singapura, untuk melihatnya dengan mata kasar buat pertama kali adalah sesuatu yang berlainan. Ia menunjukkan kuasa rakyat, kuasa idea, dan potensi kuasa,” katanya berucap di sebuah pusat keagamaan Yahudi di pusat bandar raya Singapura.

Netanyahu juga menyifatkan Singapura dan Israel sebagai “adik beradik” dan berkata kedua-dua negara adalah “negara inovasi”.

Tiada Protes Ketika Lawatan PM Israel Ke Singapura?


Lee dalam komennya turut mengingatkan Israel tentang sensitiviti umat Islam di rantau ini terhadap perkembangan di Timur Tengah.

“Di seluruh dunia, orang terkesan dengan isu Israel-Palestin,” Lee dipetik Jerusalem Post sebagai berkata, selepas pertemuan dengan Netanyahu.

“Kami juga mempunyai penduduk Islam yang tidak kurang ramai, yang merupakan bahagian penting masyarakat berbilang kaum kami yang harmoni,” kata Lee.

Komen Lee dipercayai ditujukan terhadap minoriti Islam di Singapura di samping 2 negara jirannya, Indonesia dan Malaysia yang tidak mengiktiraf negara Israel.

Jerusalem Post memetik seorang diplomat sebagai berkata Singapura amat cermat dalam keputusannya mengundang Netanyahu ke Singapura, supaya tidak menyakiti hati negara jiran.

Lee mengakui situasi di Timur Tengah amat rumit, dan berharap proses rundingan damai boleh dimulakan kembali.

Tiada Protes Ketika Lawatan PM Israel Ke Singapura?


“Kami secara konsisten berpegang kepada penyelesaian 2-negara untuk masalah Israel dan Palestine. Betapa sukar sekalipun, ia satu-satunya jalan ke arah keamanan dan keselamatan untuk kedua-dua penduduk,” katanya.

Menurut Jerusalem Post, Lee tidak membaca beberapa bahagian dalam teks ucapannya, termasuk ayat yang menyeru kedua-dua pihak tidak mengambil pendekatan unilateral.

Israel baru-baru ini dikecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan keengganannya menghentikan pembinaan penempatan haram di tanah penduduk Palestin. Resolusi PBB pada Disember lalu itu juga mencatat sejarah apabila sekutu kuatnya Washington juga tidak mengenakan kuasa veto untuk menghalang kecaman tersebut.

Tiada Protes Ketika Lawatan PM Israel Ke Singapura? Lawatan Netanyahu merupakan pertama kali pemimpin tertinggi Israel melawat Singapura sejak lawatan Presiden Chaim Herzog pada 1986, yang mencetuskan protes di Malaysia. - fmt



  
Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...