Monday, 6 February 2017

Tengku Adnan Kena Belasah

Tengku Adnan Kena Belasah. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku menteri bertanggungjawab sepatutnya malu tentang nasib rakyat KL dan Labuan ketika menyatakan hasrat menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata warga Kuala Lumpur dan Labuan masih lagi dihimpit isu setinggan dan perumahan kos rendah dan sederhana yang masih lagi belum selesai.

Tengku Adnan Kena Belasah. “Kaki dan tangan Tengku Adnan tidak pernah kotor dan tercemar untuk memperjuangkan isu penderitaan rakyat yang semakin terhimpit khususnya di Kuala Lumpur yang beliau adalah menterinya,” kata Salahuddin dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan ini menyusuli kecaman pelbagai pihak terhadap hasrat Tengku Adnan menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan, bersama Langkawi, Pulau Tioman dan sebahagian Melaka.

Laporan semalam memetik Tengku Adnan sebagai berkata idea itu bukan bertujuan meluaskan kuasa tetapi untuk membantu orang Melayu.

Tengku Adnan Kena Belasah


Tengku Adnan dilaporkan berkata: “Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu”.

“Menggunakan sentimen perkauman Melayu adalah sangat bahaya dan mengancam keselamatan negara yang sama sekali bertentangan dengan harapan baru yang didambakan oleh rakyat berbilang kaum,” kata Salahuddin.

Tengku Adnan Kena Belasah


Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta pimpinan DAP negeri lain membantah hasrat Tengku Adnan dalam rancangan radio Breakfast Grille, untuk menjadikan Pulau Pinang, Langkawi, Pulau Tioman dan sebahagian Melaka sebahagian Wilayah Persekutuan.

Temubual disiarkan pada 1 Februari lalu sempena Hari Wilayah Persekutuan. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image

2 comments:

  1. Nanti kap chai tak buleh masuk tanjong pulak...haru sunggoh tengku palsu ni.

    ReplyDelete
  2. Lepas ni jangan guna Tengku....terus tulis Adnan Mansor jer...orang tuatara ni bukan nye Tengku....(rujuk Datuk Sri Khairudin Abu Hassan)

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...