Tuesday, 7 February 2017

Tanpa Disangka Zaid Ibrahim Sertai DAP

Tanpa Disangka Zaid Ibrahim Sertai DAP. Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan menyertai DAP, mengakhiri spekulasi masa depan politiknya selepas sekian lama tidak berparti.

“Saya percaya DAP dalam Pakatan Harapan mampu mematahkan gelombang ketaksuban ala Taliban yang bertapak tebal di negara ini,” kata pengkritik lantang Barisan Nasional (BN) itu pada sidang media di kediamannya hari ini, sambil menambah beliau sedar persepsi DAP yang merupakan pantang bagi sesetengah orang Melayu.

Tanpa Disangka Zaid Ibrahim Sertai DAP.  Sidang media yang dihadiri pimpinan kanan DAP dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu, diadakan sehari selepas Zaid menuduh kerajaan mengarahkan Kelab Diraja Selangor di Bukit Kiara melarangnya mengadakan sidang media di situ.

DAP merupakan parti politik ke-3 disertai Zaid sejak meletak jawatan daripada Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.

Setahun kemudian, beliau menyertai PKR dan keluar selepas pertembungan dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau kemudian menghidupkan semula sebuah parti kecil yang dinamakan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) sebelum mengumumkan persaraan daripada dunia politik pada 2013.


Tanpa Disangka Zaid Ibrahim Sertai DAP


Zaid berkata beliau memilih DAP kerana kagum dengan prestasi parti itu di Pulau Pinang.

“Pulau Pinang memiliki kerajaan negeri yang mentadbir dengan baik, menyediakan peluang pekerjaan mencukupi, perumahan lebih baik, dan persekitaran bandar yang bersih.

“Itulah politik yang berkesan – menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Sambil menuduh PAS membantu Umno menyerang DAP, Zaid menggesa orang Melayu supaya berani melanggar pantang, memetik pesanan sasterawan ulung Usman Awang: “Jangan takut melanggar pantang, jika pantang melanggar kemajuan. Jangan segan menentang larangan jika percaya kepada keadilan.”

Zaid mengulangi serangannya terhadap PAS dengan menyifatkan parti itu sebagai “penunggang agama”.

“Mereka kata mahu bela Islam tetapi langsung tidak peduli isu keadilan dan kemanusiaan yang dituntut agama.

“PAS juga tidak berbuat apa-apa untuk selesaikan masalah rakyat. Mereka tiada sebarang perancangan ekonomi dan pendidikan.

“Perkara yang mudah sekalipun seperti membersihkan longkang tersumbat, mengawal banjir kilat dan mengutip sampah di Kelantan,” katanya.

Peguam yang dikenali dengan kelantangan membidas konservatisme agama berkata, sudah tiba masanya orang Melayu kembali mendakap nilai asal daripada mendengar golongan penjaja agama.

Katanya, orang Melayu tidak boleh leka hanya dengan soal perkara halal dan haram atau nikmat berpoligami, jika ingin mahu bersaing dan relevan pada zaman ini.

Tanpa Disangka Zaid Ibrahim Sertai DAP


“Kita perlu menjadi sebahagian dunia baru,” katanya.

Zaid berkata beliau tidak meminta jawatan dalam DAP, dan turut berterima kasih atas kehadiran Dr Mahathir hari ini.

“Amat penting dan bermakna bagi rakyat melihat Tun memimpin kami sekali lagi, demi memperjuangkan masa depan negara.

“Wawasan 2020 untuk membentuk sebuah negara yang liberal, moden dan progresif – negara yang semua rakyat Malaysia hidup aman dan damai – kini berada di ambang kehancuran.

Tanpa Disangka Zaid Ibrahim Sertai DAP. “Walaupun suatu ketika kamu mengeluh rakyat tidak sedia berubah, saya percaya mereka bersedia kali ini. Tun adalah inspirasi kepada mereka,” katanya. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...