Saturday, 25 February 2017

Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Muntah Muntah

Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Muntah Muntah. Seorang daripada 2 wanita asing yang ditahan reman mengalami muntah-muntah dipercayai akibat terkena bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan lelaki warga Korea Utara, Kim Jong Nam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan salah seorang wanita berkenaan muntah, tetapi tidak memberitahu identiti suspek yang ditahan dalam kes pembunuhan 13 Februari itu.

Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Muntah Muntah. Sebelum ini, beliau berkata, laporan analisis awal Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan kimia Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphonothiolate atau Agen Saraf VX digunakan dalam pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara itu.

“Seorang suspek wanita mengalami muntah-muntah…mungkin kesan daripada bahan kimia itu,” katanya ringkas ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas untuk menunaikan ibadat umrah di Mekah.

Pada hari kejadian, Jong Nam berada di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk penerbangan ke Macau apabila 2 wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai disembur bahan beracun.

Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Muntah Muntah


Jong Nam yang memasuki negara ini menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Susulan kes pembunuhan Jong Nam itu, polis Malaysia menahan 4 suspek – seorang wanita menggunakan pasport Vietnam, seorang wanita warga Indonesia, seorang lelaki rakyat Malaysia dan seorang lelaki warga Korea Utara.

Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Muntah Muntah. Lelaki warga Malaysia itu dibebaskan dengan jaminan polis.


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...