Friday, 3 February 2017

Satu Lagi Kejutan Pada Minggu Depan

Satu Lagi Kejutan Pada Minggu Depan. Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim dilihat sudah bersedia untuk kembali aktif dalam politik - bagi kali ketiga - sejak meninggalkan Umno.

Walaupun bekas ahli parlimen Kota Bharu itu 'tutup mulut' mengenainya, tetapi sumber-sumber mendakwa beliau akan menyertai DAP.

Zaid dijangka membuat pengumuman mengenainya Selasa depan dalam satu majlis di Petaling Jaya yang juga akan menampilkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan veteran DAP Lim Kit Siang.

Satu Lagi Kejutan Pada Minggu Depan. Bagaimanapun, Zaid enggan mengesahkan perkara itu. "Saya akan menjawab pertanyaan anda pada hari Selasa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, sumber-sumber DAP memberitahu Malaysiakini bahawa parti itu telah pun menerima Zaid ke dalam parti itu.

DAP dikatakan akan memanfaatkan imej berprofil tinggi Zaid untuk mengikis tuduhan bahawa ia sebuah parti yang didominasi kaum Cina.

Difahamkan bahawa DAP berhasrat untuk meletakkan bekas penasihat undang-undang Umno yang berusia 66 tahun itu, bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Satu Lagi Kejutan Pada Minggu Depan


Zaid menyertai kabinet Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Mac 2008 tetapi meletak jawatan enam bulan kemudian sebagai membantah penahanan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; wartawan Tan Hoon Cheng dan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Pada bulan Jun 2009, Zaid menyertai PKR dan bertanding di Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil 2010 yang menyaksikan beliau kalah tipis kepada calon BN, P Kamalanathan.

Kemudian beliau bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR tetapi menarik diri di pertengahan jalan, kerana mendakwa berlaku penipuan dan bertindak keluar parti.

Satu Lagi Kejutan Pada Minggu Depan.  Pada Disember 2010, beliau menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Bagaimanapun, beliau meletak jawatan sebagai pemimpin KITA dua tahun kemudian dan sejak itu, tidak terlibat secara aktif dalam politik kepartian. - mk




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...