Tuesday, 28 February 2017

Rejim Korea Utara Buat Kejutan

Rejim Korea Utara Buat Kejutan. Regim Korea Utara dilaporkan menjalankan hukuman bunuh ke atas 5 pegawai dengan menggunakan senjata anti pesawat, menurut laporan memetik sumber Korea Selatan.

Menurut laporan AP, kesemua yang dibunuh itu merupakan pegawai di bawah pengarah keselamatan negara Kim Won-hong yang dipecat oleh kerajaan pimpinan diktator Kim Jong Un baru-baru ini, kerana menyalurkan maklumat “palsu”.

Rejim Korea Utara Buat Kejutan. Perkara itu dimaklumkan kepada anggota Parlimen Korea Selatan oleh badan perisikan negara itu, Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS).

Ahli Parlimen, Lee Cheol Woo bagaimanapun berkata NIS tidak menyebut sumber laporan pembunuhan itu.

Ia berlaku di sebalik kontroversi kematian Kim Jong Nam, abang tiri kepada Jong Un, di Malaysia pada 13 Feb.

Kematian itu mencetuskan krisis diplomatik Malaysia-Korea Utara, dan membangkitkan kembali kaedah regim kuku besi itu menangani individu yang tidak disenanginya.

Rejim Korea Utara Buat Kejutan


Regim Pyongyang sebelum ini dilaporkan kerap menjalankan hukuman bunuh tanpa bicara terhadap mereka yang dianggapnya pembelot atau gagal menjalankan tugas mempertahankan negara.

Pada awal 2014, bekas duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong Chol, dihukum tembak mati oleh regim Korea Utara.

Rejim Korea Utara Buat Kejutan. Yong Chol merupakan anak saudara kepada Jang Song Thaek, bapa saudara diktator Korea Utara Kim Jong Un. Song Thaek dihukum bunuh bersama-sama seluruh anggota keluarganya termasuk 2 anak lelakinya pada Disember 2013. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...