Tuesday, 21 February 2017

Rahsia MB Johor Tersebar?

Rahsia MB Johor Tersebar? Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menafikan beliau adalah seorang daripada pengundi meragukan seperti didakwa Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri itu.

Mengesahkan alamat daftar mengundinya kini berpindah ke Ibu Pejabat Umno Pasir Gudang, Khaled bagaimanapun mempertahankan tindakannya itu.

Rahsia MB Johor Tersebar?  "Tak ada salahnya untuk anda mendaftar sebagai pengundi dengan menggunakan alamat pejabat anda.

"Alamat itu (juga) adalah pusat khidmat saya bagi kawasan Permas," katanya kepada Malaysiakini melalui mesej teks hari ini.

Semalam seorang HARAPAN Johor membangkitkan isu daftar pemilih terkini yang menyaksika Khaled 'menetap' di sebuat rumah kedai di Masai.

Bukan pengundi meragukan

Turut menggunakan alamat sama sebagai tempat tinggal ialah 13 individu lain.

Rahsia MB Johor Tersebar? 


Penemuan itu dibuat apabila HARAPAN Johor membuat semakan senarai daftar pemilih bagi suku keempat 2016 yang kini sedang dipamerkan.

ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin, berkata alamat yang dipersoalkan ialah Ibu Pejabat Umno Pasir Gudang di alamat 1, Jalan Tembusu, Taman Rinting.

Daftar pemilih bagi suku ketiga 2016 yang merekodkan pertukaran alamat Khaled dan anaknya Akmal Saufi ke lokasi berkenaan.

"Jika daftar pemilih itu diwartakan, maka akan ada 14 orang, termasuk menteri besar dan anaknya didaftarkan sebagai pengundi di alamat itu," kata ADUN DAP itu.

Menurut Khaled, alamatnya pada kad pengenalan berubah kepada pejabat Umno bahagian itu dan berpindah ke situ selepas ia siap untuk digunakan pada tahun lalu.

Rahsia MB Johor Tersebar? 


"Justeru, saya bukan seorang pengundi yang boleh diragukan," katanya.
Beliau yang juga ketua perhubungan Umno negeri berkkata, Umno negeri tidak terbabit dalam kegiatan memindahkan pengundi di kawasan berkenaan.

"Mereka (pembangkang) boleh buat tuduhan apa saja tetapi sudah tentu ia tidak benar," katanya. - mk




  
Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...