Monday, 27 February 2017

Punca Kematian Kim Jong Nam Akhirnya Didedahkan

Punca Kematian Kim Jong Nam Akhirnya Didedahkan. Kim Jong Nam meninggal dunia dalam masa 15 hingga 20 minit selepas terdedah kepada agen saraf VX pada 13 Februari lalu, kata menteri kesihatan.

Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, laporan bedah siasat itu sama dengan hasil analisis Jabatan Kimia ke atas calitan diambil daripada muka dan mata Jong Nam yang menemui agen saraf VX.

Punca Kematian Kim Jong Nam Akhirnya Didedahkan. “Apabila keputusan diperolehi, ia mengesahkan syak wasangka kami,” katanya pada sidang media di Institut Pengurusan Kesihatan hari ini.

Beliau berkata, agen saraf VX dalam kuantiti banyak digunakan untuk membunuh Jong Nam.

“Sistem tubuh badan manusia sepatutnya merembeskan enzim transmiter neurokimia yang berperanan mengawal pergerakan otot di seluruh badan menerusi sel darah merah.

“Bagaimanapun, agen saraf VX yang disembur pada mangsa dalam kuantiti amat tinggi (lebih 10mg) sehingga badannya berhenti merembeskan enzim berkenaan sebagai langkah pencegahan semula jadi.

“Rantaian kesan kimia itu akhirnya menyebabkan seluruh badan beliau, termasuk jantung dan organ penting mengalami kekejangan sebelum henti berfungsi.”


Punca Kematian Kim Jong Nam Akhirnya Didedahkan


Beliau berkata, laporan bedah siasat itu dan maklumat baru lain akan diserahkan kepada polis selewat-lewatnya minggu depan.

Ditanya sama ada kakitangan perubatan yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Kim Jong Nam mengalami kesan sampingan, Dr Subramaniam berkata, beliau sudah mengarahkan mereka menjalani pemeriksaan dan mereka tidak mengalami sebarang masalah kesihatan setakat ini.

“Jika terdedah dos sedikit, kesannya mungkin lambat kelihatan, jadi kami perlu pantau keadaan mereka 2 hingga 3 minggu.”

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, laporan awal analisis Jabatan Kimia mendapati bahan kimia Ethyl S-2 Diisopropylamino Ethyl Methylphosphonothioate atau agen saraf VX terdapat di luaran mata dan muka Jong Nam.

Katanya, bahan kimia itu dilarang bawa masuk ke Malaysia kerana dikategorikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai senjata pemusnah besar-besaran.


Punca Kematian Kim Jong Nam Akhirnya Didedahkan


Menurut pakar, agen saraf VX antara senjata kimia paling berbahaya pernah dicipta manusia. Hanya 10mg atau setitik sahaja boleh membunuh seseorang dalam masa beberapa minit.

Abang sebapa kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un itu tiba di Malaysia pada 6 Februari lalu dan sepatutnya menaiki penerbangan ke Macau, pada jam 10.30 pagi 13 Februari lalu.

Bagaimanapun, tiba-tiba beliau didatangi 2 wanita yang menyapu mukanya dengan cecair beracun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Punca Kematian Kim Jong Nam Akhirnya Didedahkan. Jong Nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan klia2 dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...