Sunday, 26 February 2017

Penyokong PAS Patut Sedar Dari Lamunan

Penyokong PAS Patut Sedar Dari Lamunan. Pas dan Umno kini benar-benar sekapal melalui "Food flotilla for Myanmar" dan ia menambah kukuhkan lagi persepsi bahawa kedua-dua parti itu bekerjasama walaupun cuba dinafikan oleh Pas.

Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, apa yang berlaku di atas kapal Nautical Aliya ini menambahkan persepsi masyarakat terhadap perkara itu.

Penyokong PAS Patut Sedar Dari Lamunan.  "Ahli Pas kini gelisah. Sejak dari kecil mereka dilatih bencikan Umno, tiba-tiba pemimpin mereka berbaik dengan Umno.

"Benarlah persepsi bahawa Umno dan Pas kini sudah sekapal sebagaimana ditunjukkan dalam flotilla ini," kata bekas naib presiden Pas itu merujuk kepada bendera Umno dan Pas memenuhi pelabuhan yang menerima kepulangan kapal yang membawa 28 NGO itu.

Menurut Mahfuz, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di atas kapal 'Food flotilla for Myanmar' itu sendiri tidak berpuashati dengan tindakan parti politik Umno dan Pas yang 'merampas' (hijack) misi yang mereka sertai.

"Mereka hubungi saya dan menyampaikan rasa tidak puas hati mereka," dedah ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Antaranya, cerita Mahfuz, Umno dan Pas dilihat cuba menonjolkan diri mereka dan memperlihatkan misi ini adalah lebih kepada soal kerjasama antara Pas dan Umno bukan membantu kesengsaraan yang dialami oleh umat Rohingya.

Penyokong PAS Patut Sedar Dari Lamunan


Antara pemimpin Pas yang berada di atas kapal yang dilepaskan bersama oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah ketua muslimat, Nuridah Salleh, timbalan ketua pemuda yang juga anak presiden Pas, Mohd Khalil Abdul Hadi, AJK Pas Pusat, Sanusi Mohd Nor dan lain-lain.

Pemimpin Umno pula adalah Datuk Seri Azeez Rahim yang juga pengerusi Tabung Haji dan ramai lagi.

Sejak dari awal lagi, Pas sentiasa mengajar pengikutnya bahawa Umno adalah musuh mereka.

Sebab itu, bagi mengelakkan anak-anak mereka menyertai kelas Tadika Kemas yang dikawal oleh Umno, Pas menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Selepas itu, katanya, Pas tubuhkan sekolah rendah dan menengah Islam bagi mengelakkan anak-anak pergi ke sekolah kebangsaan yang dikawal oleh kerajaan Umno.

Di surau-surau kampung pula, katanya, ahli-ahli Pas tidak akan sembahyang di belakang imam yang menyokong Umno.

Penyokong PAS Patut Sedar Dari Lamunan


Beliau berkata, ekoran kekeliruan hubungan antara Pas dengan Umno ini telah menyebabkan ramai ahli Pas yang kini lebih rela mendiamkan diri dari aktif.

"Walapun mereka tidak isytihar keluar Pas, namun mereka menyepikan diri menyebabkan sokongan kepada pas mengecil dan pudar," kata Mahfuz.

"Bagi saya Pas tidak pecah, tetapi sokongan kepada Pas yang menyusut. Dari segi organisasi Pas kuat tetapi sokongan sudah berkurangan," katanya merujuk kepada kenyataan timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub Pas kini berpecah sekali lagi. - md


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

  1. Lu jgn lisau...wa talak anti islam...milayu lagi wa sayang

    ReplyDelete
  2. betul betul betul memang sepatutnya diorang sedar betapa kuatnya PAS sekarang sebab semua parti politik yang lain bermula dari UMNO, PKR,DAP dan yang paling hampas cam Bersatu dan PAN pun asyik nak bergantung kat PAS kah kah kah (kalau dulu bukan main berapi lagi diorang kutuk PAS sekarang dah menjadi pengemis kat PAS) tu yang kami meluat kat diorang sebab sebelum ni kami di war warkan bahawa diorang adalah parti politik terkukuh/terkuat dan memiliki penyokong yang tak kan tergugat oleh apa-apa pun tapi akhirnya merayu kat PAS (apa ke jadahnya) maka kami membuat kesimpulan yang mereka takde apa-apa kelebihan maka kami menolak mereka dan membuat penilaian semula kepada PAS yang sebelum ni di pandang serong kononnya akan terbubar kerana Ahli PAS meninggalkan PAS untuk menyertai Amanah (kerana kami tahu orang PAS tak akan menyokong mana-mana parti yang terdapat Mahathir). Semakin hari kami dapati segala tingkah laku penentang PAS yang semakin huru hara dan meroyan (habis macamana kami golongan muda nak menyokong diorang kalau diorang sendiri cakap tak serupa bikin, terus menerus membisu bila cina-cina DAP terang-terang memusuhi Islam) jangan salahkan kami walaupun kami belum lama bergelumang dengan politik tapi kami dapat menilai apa-apa saja yang kami dengan dan kami lihat. Betul kami masih mentah tapi kami belum bengap lagi sebab kami dapat menilai segalanya dari segenap persepsi dengan pemikiran terbuka sebab kami belum mahu terikat dengan sesiapa maka kami takde komitmen apa-apa dan dengan sesiapa juga

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...