Thursday, 16 February 2017

Pembunuhan Kim Jong Nam

Pembunuhan Kim Jong Nam. Polis mengesahkan penahanan seorang suspek dan sedang memburu 2 perisik warga Vietnam dalam kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Mangsa yang maut itu ialah Kim Chol yang sebenarnya Kim Jong-Nam, hidup dalam buangan di Macau dan ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang ke sana dari Malaysia.

Pembunuhan Kim Jong Nam. Seorang pegawai polis kanan di Bukit Aman memberitahu Oriental Daily, selepas Jong-Nam dibunuh, polis berjaya menahan seorang pemandu teksi di sekitar ibu negara pada petang Isnin yang membawa 2 perisik wanita terbabit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang.

“Ketika itu, Kim Jong-Nam berada di lobi lapangan terbang dan bersedia memasuki balai pelepasan.

“Tiba-tiba, 2 perisik wanita itu menghampirinya, dengan salah seorang menyembur sejenis racun dan seorang lagi menggunakan sapu tangan menutup mulutnya hampir 10 saat, bagi memastikan semburan racun itu memasuki saluran pernafasannya, sebelum meninggalkan tempat itu.”

Menurut sumber, 2 ejen itu kemudiannya keluar dari lobi lapangan terbang dan segera menaiki sebuah teksi yang sudah menunggu mereka.

Pembunuhan Kim Jong Nam


Akhbar itu melaporkan pemandu teksi itu ditahan hasil siasatan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang.

Polis juga mendapati 2 ejen itu bukan dari Korea Selatan mahupun Korea Utara, sebaliknya mereka ialah wanita Vietnam.

Menurut laporan itu, polis termasuk anggota Cawangan Khas (SB) giat mengesan 2 perisik itu.


“Polis percaya 2 perisik itu diupah sebuah negara bagi melakukan misi kali ini. Polis sudah mengenal pasti semburan racun yang digunakan ejen wanita itu, ia jauh lebih toksik daripada sianida.”

Pegawai polis itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama racun itu, tetapi memberi bayangan ia pernah digunakan dalam kes pembunuhan lain.

Semalam, Reuters memetik ketua polis yang bertanggungjawab untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali sebagai berkata, seorang lelaki Korea sekitar umur 40-an ditemui dalam keadaan sakit di lapangan terbang itu, kelmarin.

Pembunuhan Kim Jong Nam 


Katanya, pihak berkuasa lapangan terbang segera membawanya ke hospital, tetapi beliau mati dalam perjalanan.

Seorang kakitangan di wad kecemasan Hospital Putrajaya pula berkata, mereka ada mayat seorang warga Korea yang dilahirkan pada 1970 dan memiliki nama keluarga Kim. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...