Wednesday, 1 February 2017

Pembangkang Bakal Berpecah Teruk Sekiranya..

Pembangkang Bakal Berpecah Teruk Sekiranya. Pertemuan bagi membincangkan masa depan kerjasama antara Pas dan Bersatu yang bakal dimuktamadkan  hari ini dilihat bakal memberikan impak perpecahan dalam blok pembangkang.

Penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, isu kerjasama antara Pas dan Bersatu dilihat cenderung memberikan impak negatif kepada gabungan Pakatan Harapan.

Pembangkang Bakal Berpecah Teruk SekiranyaHal ini kerana Pas tetap dengan pendirian tidak mahu ada kerjasama bersama Amanah dan DAP.

“Kerjasama Pas-Bersatu boleh  membawa kepada perpecahan blok pembangkang andai kata Pas bertegas dengan pendirian dan syarat kerjasama tanpa Amanah dan DAP.

“Jika wujud dua blok Pas-Bersatu dan Bersatu bersama Pakatan, akan timbul isu kepercayaan dan motif dalaman sesama parti dalam Pakatan Harapan.

“Saya melihat perkara ini yang perlu diatasi Pakatan Harapan dengan mencari keyakinan dengan ikhlas dan jujur kerana kerjasama parti politik ini akan menentukan masa depan negara jika menang PRU14 nanti,” katanya.


Pembangkang Bakal Berpecah Teruk Sekiranya


Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut meluahkan pendapat sama.

“Soal kerjasama ini akan bawa kelebihan atau perpecahan bergantung kepada sejauh mana kedua-dua parti (Pas dan Bersatu) bekerjasama.

“Jika tidak blok pembangkang akan pecah. Sekarang ini, kecenderungan dilihat lebih terarah kepada perpecahan gabungan pembangkang.

Pembangkang Bakal Berpecah Teruk Sekiranya. “Sekarang ini, jika Pas tak sertai maka blok pembangkang sendiri akan berpecah kerana mereka perlukan Pas dalam menghadapi PRU14,” katanya. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. X ada sapa nak undi pas.
    Cakap x serupa bikin.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...