Thursday, 2 February 2017

PAS Kalah Di Kelantan.. Ini Petandanya?

PAS Kalah Di Kelantan.. Ini Petandanya?Saranan Pas untuk memenangi 40 kerusi parlimen dan menawan tiga negeri pada PRU14 dianggap terlalu tinggi dan kurang realistik.

Penganalisis politik, Tan Ah Chai berpendapat, dengan kekuatan Pas pada hari ini, adalah sukar bagi parti ini untuk mencapai impian memenangi begitu banyak kerusi.

"Bagaimana pun, Pas masih mempunyai pengaruh besar di Kelantan dan Terengganu. Mungkin Pas masih boleh  kekalkan kuasa di Kelantan, tetapi kalau kata hendak menawan Terengganu, Kedah dan Selangor, sasaran mereka sebenarnya terlalu tinggi," kata Ah Chai kepada China Press.

PAS Kalah Di Kelantan.. Ini Petandanya? Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen pada PRU akan datang sambil mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah.

"Pada PRU 2008, Pas berjaya menawan Kedah disebabkan bantuan Pakatan Rakyat, tetapi hilang tampuk pemerintahan pada PRU 2013. Kalau Pas mahu memerintah semula di Kedah dan Selangor, mereka mesti bekerjasama dengan parti pembangkang lain untuk elak pertembungan tiga penjuru," katanya.

Ah Chai turut beri pandangan bahawa Pas hanya akan menerima sokongan daripada pengundi Islam dan parti itu pun menyedari tidak akan mendapat undi lagi daripada pengundi bukan Islam.

PAS Kalah Di Kelantan.. Ini Petandanya?


"Tanpa sokongan daripada parti-parti pembangkang lain, Pas sukar mendapat kerusi dengan lebih banyak. Sekiranya Pas boleh menang di kerusi yang terdiri daripada pengundi berbilang kaum, ia adalah hasil kerjasama daripada parti pembangkang yang lain.

"Sekiranya Pas boleh menang 20 kerusi parlimen, ia sebenarnya kejayaan besar. Sasaran 40 kerusi yang ditetapkan Abdul Hadi terlalu tinggi dan sukar dicapai," katanya.

Pas bakal hilang kuasa di Kelantan

Sementara itu, Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini telah memberikan peruntukan dan tanah kepada sekolah-sekolah agama di negeri dan menafikan gagal menjaga kepentingan Melayu dan Islam di negeri itu seperti yang didakwa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebaliknya berkata, Pas kemungkinan akan hilang kuasa pemerintahan di Kelantan sekiranya terus berbaik-baik dengan Umno dalam usaha menyembunyikan kegagalannya selama ini.

PAS Kalah Di Kelantan.. Ini Petandanya?


"Pas ada mata tak nampak, ada telinga tak dengar akan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang kepada sekolah-sekolah agama. Biarlah kenyataan yang membuktikan siapa yang betul dan siapa yang salah," katanya seperti yang dipetik dalam Oriental Daily.

Menurut Guan Eng, setelah memerintah Kelantan selama 25 tahun, banyak pokok telah ditebang di kawasan hutan menyebabkan Kelantan kerap kali dilanda banjir, manakala rakyat jelata terus dihimpit kemiskinan.

PAS Kalah Di Kelantan.. Ini Petandanya? "Sekiranya keadaan ini berterusan, Pas pasti akhirnya akan hilang kuasa di Kerajaan Negeri Kelantan," kata Guan Eng. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...