Wednesday, 15 February 2017

Mufti Perlis Jawab Tuduhan PAS

Mufti Perlis Jawab Tuduhan PAS. Selepas bertikam lidah dengan pimpinan PAS kerana berbeza pandangan dalam melaksanakan hukum hudud di Malaysia, Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin memuat naik video menampilkan pandangan sarjana Islam terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi, mempersoalkan golongan yang memperjuangkan syariah tanpa menghiraukan kepentingan awam.

“Sebelum dilaksanakan hukum hudud, beri makan kepada orang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih pekerja…ini mesti dilakukan sebelum melaksanakan hudud,” kata Qaradawi itu dalam wawancara dengan Al Jazeera yang dimuat naik ke laman Facebook Asri.

Mufti Perlis Jawab Tuduhan PAS. Qaradawi, ulama kelahiran Mesir berpengkalan di Qatar, adalah antara tokoh kontemporari Islam yang menjadi sumber rujukan pelbagai isu semasa dari aspek syariah dan fiqh.

Video bertarikh Januari 2011 itu dimuatnaik Asri ketika perang mulut beliau dengan PAS, selepas Ketua Penerangan Dewan Ulama parti Islam itu, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali, menyerangnya kerana mempersoalkan usaha melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Asri ketika berucap pada sebuah forum mengenai hudud Ahad lalu mempertikaikan hujah sesetengah penyokong undang-undang syariah yang menganggap menjalankan hukum hudud akan menunjukkan keindahan Islam.

Mufti Perlis Jawab Tuduhan PAS


Ia menerima jawapan keras daripada Khairuddin, yang mendakwa Asri mengelirukan umat Islam, di samping cuba mengambil pendekatan golongan “liberal” yang menentang pendirian PAS.

Asri semalam sekali lagi menyerang pengkritiknya, dan mengingatkan bagaimana agama diperalatkan bagi tujuan politik.

“Ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan ‘selesai masalah pengangguran dulu baru hudud’. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama,” tulis Asri dalam kenyataan yang jelas ditujukan kepada PAS.

Mufti Perlis Jawab Tuduhan PAS. Dalam video yang dimuat naik hari ini, Qaradawi berkata hudud tidak boleh dilaksanakan selagi masyarakat Islam belum dibangunkan dengan nilai murni di samping lapangan lain. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image


1 comment:

  1. Cara dia ckp mcm la pusat zakat perlis yg twrbaik di msia

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...