Thursday, 2 February 2017

MB Perak Turun Pangkat?

MB Perak Turun Pangkat? Berpakaian seperti pekerja pembersihan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini menaiki lori sampah dan mengutip sampah di beberapa kawasan perumahan serta pusat bandar Ipoh bersama-sama pekerja MBI.

Menteri besar Perak itu melakukan pemeriksaan di beberapa kawasan sekitar Ipoh bersama pekerja MBI yang turut disertai Datuk Bandar Datuk Zamri Man.

MB Perak Turun Pangkat?  Beliau berkata, “penyertaannya” pada pagi itu secara mengejut dan tidak dirancang.

“Pagi ini merupakan kejutan yang tidak dirancang kerana kalau saya maklumkan, bermakna mereka akan membuat persiapan. Jadi saya tidak maklumkan kepada mereka.

“Ini merupakan usaha untuk kita mendekati mereka dan mewujudkan semangat kerja berpasukan. Saya juga perlu turun ke bawah selain merasai kerja mereka kerana di Perak, kami membangunkan negeri ini secara berpasukan,” katanya sebagaimana dilaporkan Perak Today.

MB Perak Turun Pangkat? 


Zambry berkata, beliau juga mahu memberi rangsangan kepada pekerja MBI bagi menjadikan Ipoh dan Perak amnya sebagai bandar raya terbersih di Malaysia.

Pada 2014, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pernah melakukan perkara seumpama itu dengan memanjat lori sampah.

MB Perak Turun Pangkat? Beliau turut membuat tindakan berani apabila memberikan nombor telefon peribadinya kepada orang awam dan meminta penduduk menghubunginya jika melihat sampah belum dikutip. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...